• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Dedah Prototaip Jentera Elektrik MotoE untuk Saingan MotoGP 2023

Ducati Dedah Prototaip Jentera Elektrik MotoE untuk Saingan MotoGP 2023

December 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


DUCATI memperkenalkan prototaip motosikal elektrik pertama yang akan digunakan untuk perlumbaan kategori MotoE dalam Kejuaraan Dunia MotoGP bermula musim 2023.

Menurut laporan, pengeluar motosikal Itali itu sudah menggantikan Energica sebagai pembekal rasmi untuk siri perlumbaan motosikal elektrik.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP
BACA >>> Ini Mungkin Motosikal Elektrik Paling Hodoh di Dunia

Ducati EV V21L - 2
Ducati EV V21L -

Model prototaip dengan kod nama V21L, mencetuskan spekulasi bahawa angka 21 mungkin merujuk kepada tahun model motosikal atau kapasiti bateri.

Ducati masih belum mendedahkan spesifikasi penuh motosikal berkenaan, tetapi melihat foto prototaip didedahkan sudah cukup menarik. Rekabentuk motosikal elektrik itu memiliki DNA produk petrol Ducati dan menggunakan material gentian karbon untuk mengurangkan berat jentera.

Model V21L diyakini menggunakan komponen antarabangsa seperti Öhlins, Brembo dan Marchesini dengan swingarm dan subfrem gentian karbon.

Antara cabaran dihadapai Ducati adalah isu berat dan saiz bateri serta had jarak tunggangan. Pengeluar itu tetap memasang impian membina motosikal elektrik prestasi tinggi untuk pelumba FIM Enel MotoE. Ujian pertama V21L kini sudah dilaksanakan penunggang uji rasmi dan pelumba, Michele Pirro di Litar Misano.

BACA >>> Ducati Perkenal Skuter Elektrik Pertama Guna Produk Buatan China
BACA >>> Kenapa Perlu Panigale Kalau Cuma Nak ke Kedai Depan Rumah? Naik Saja Ducati PRO-III

SUMBER: BikeWale

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Brembo, Ducati, Ducati V21L, Energica, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marchesini, michele pirro, MotoE, MotoGP, Öhlins

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev