• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023

TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023

December 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menetapkan sasaran 60 peratus penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sebagai medium pembayaran tol pada akhir tahun depan (2022).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, penggunaan kad Touch 'n Go dan SmartTAG mungkin dihentikan pada penghujung 2023, iaitu kira-kira dua tahun lagi.

Kita memahami kebimbangan yang disuarakan semua pengguna lebuh raya dan ingin dijelaskan bahawa buat masa ini, lorong kad Touch 'n Go serta SmartTAG tetap beroperasi di semua lebuh raya.

“Ia hanya akan diberhentikan secara berperingkat, mengambil kira kepada kadar penggunaan RFID dan kesediaan lorong RFID," katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook mengenai perancangan KKR berhubung penggunaan RFID.

BACA >>> RFID Bermula, Touch n Go, SmartTAG Henti Berperingkat Menjelang 15 Januari 2022
BACA >>> PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!

Arthur turut menjelaskan, kos RFID adalah jauh lebih murah berbanding Touch 'n Go dan SmartTAG, selain tidak mempunyai kos penyenggaraan seperti menggantikan bateri (seperti SmartTAG) dan ada kemudahan tambah nilai secara atas talian.

Arthur berkata;

Di lorong RFID, kita boleh mendapat laluan sebanyak 1,000 kenderaan sejam tetapi Touch 'n Go hanya 550 kenderaan sejam, bermakna teknologi (RFID) ini memang boleh bantu mengurangkan masalah kesesakan di plaza tol.

"Kerajaan sekarang akan beri diskaun sebanyak RM10 sekiranya kita membeli RFID melalui dompet elektronik atau e-wallet.

“Pada masa sama, kita masih lagi mengkaji beberapa kaedah untuk memberikan insentif tambahan seperti pembeli kereta baharu supaya RFID akan dipasang dalam kereta tersebut."

Arthur berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Seruandi Saad sama ada KErajaan berhasrat memberikan pemasangan percuma atau subsidi kepada pengguna yang beralih dari Touch 'n Go dan SmartTAG kepada RFID untuk mengurangkan beban kos ditanggung pengguna.

BACA >>> Video Bukti Kenapa Ramai Takut Guna RFID di Tol
BACA >>> Cinta Ditolak Punya Pasal, Lelaki Bakar Kereta Gadis Pujaan
BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

SUMBER: Harian Metro | Bernama

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Arthur Joseph Kurup, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Isu TnG, Kementerian Kerja Raya, Masalah SmartTag, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), RFID, Senator Aknan Ehtook, Senator Seruandi Saad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev