YAMAHA Motor Vietnam melancarkan pilihan warna baharu untuk Yamaha Exciter 155 VVA GP Edition (2022), iaitu varian kelima supermoped siri GP yang dijual di negara itu.
Harga pula dijual serendah 50.79 juta dong (RM9,340), lebih murah sedikit berbanding Exciter 155 VVA Monster Energy MotoGP Edition.
BACA >>> Yamaha Y16ZR Edisi Doxou Ini Cuma Ada 5,000 Unit Sahaja, Siap Dapat Sijil!
Berikut perincian Exciter 155 VVA GP Ediiton (2022):
- Menggunakan tiga skema warna sejuk, iaitu biru GP dengan tambahan ungu dan hijau neon untuk menyerlahkan imej Exciter.
- Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC 155cc penyejukan cecair dengan teknologi VVA berkuasa 17.7hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm.
- Transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat yang dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
- Jarak antara tuil klac dan bar hendal dipendekkan 10mm berbanding varian Exciter 150.
- Ada empat pemetaan pencucuhan mengikut posisi gear untuk mengoptimumkan prestasi dan output kuasa.
- Pemasaan pencucuhan dan suntikan bahan api bergantung kelajuan enjin dan perahan terotel. Model terdahulu cuma menggunakan satu pemetaan pencucuhan.
BACA >>> Yamaha Brazil Lancar Skuter NMAX 160 Spider-Man Edition (2022), Harga RM12k!
- Darjah suntikan bahan api dipertingkat kepada 18º berbanding 15º sebelum ini. Jumlah lubang suntikan bahan api juga bertambah 10 berbanding enam lubang. Tujuannya, meningkatkan kecekapan pembakaran bahan api.
- Cakera brek depan menggunakan kaliper dwi-piston yang meningkatkan kecekapan membrek membrek 17 peratus.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
- Kapasiti tangki minyak 5.4 liter membolehkan Exciter 155 ini ditunggang sejauh 265km untuk satu isian tangki penuh).
- Ada suis pemati enjin dan suis bypass lampu tinggi yang membantu memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain ketika mahu memotong kenderaan depan.
BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Asal Usul Logo Yamaha yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!
SUMBER: YamahaMotorVietnam
Leave a Reply