SERAMAI 450 pemandu dan penumpang kenderaan terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akan diselamatkan secara berperingkat yang mana operasi bermula sejak semalam (19 Disember).
Operasi menyelamat mangsa yang terputus hubungan bermula jam 7 pagi dan bersambung sehari suntuk. Pasukan penyelamat daripada konsesi lebuh raya ANIH Bhd hanya dapat memulakan tugas sebaik saja dapat melepasi beberapa halangan untuk tiba di lokasi tersebut. Makanan dan minuman turut diagihkan kepada mangsa.
BACA >>> PLUS Buka Semula Plaza Tol, Persimpangan Bertingkat Shah Alam
Sementara itu, pasukan penyelamatan turut menghantar trak tunda ke lokasi bagi memindahkan kenderaan terkandas di beberapa lokasai bermula hari ini (20 Disember). Banjir dan tanah runtuh pada Sabtu lalu (18 Disember) menyebabkan banyak kenderaan terkandas yang mana laluan KM76 hingga KM136 lebuhraya Karak-Temerloh masih ditutup sejak 10 malam semalam (19 Disember).
Beberapa kawasan di Pahang dan Selangor dilanda hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu hingga menyebabkan banjir teruk di sekitar Lembah Kelang, Perak dan Terengganu. Malah, sesetengah kawasan di Janda Baik terputus hubungan dari dunia luar.
Setakat ini, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 23,000 anggota untuk menolong usaha menyelamat. Pasukan Bomba pula melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat, selain membersihkan beberapa kawasan penting. Beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) turut turun padang membantu mangsa terjejas.
Selain itu, ada juga sukarelawan yang turun berganding bahu menolong mangsa tragedi.
BACA >>> PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!
SUMBER: Bernama
Leave a Reply