• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 450 Pengguna Leburaya KL-Karak Diselamatkan Berperingkat

450 Pengguna Leburaya KL-Karak Diselamatkan Berperingkat

December 20, 2021 By Wahid Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 450 pemandu dan penumpang kenderaan terkandas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akan diselamatkan secara berperingkat yang mana operasi bermula sejak semalam (19 Disember).

Operasi menyelamat mangsa yang terputus hubungan bermula jam 7 pagi dan bersambung sehari suntuk. Pasukan penyelamat daripada konsesi lebuh raya ANIH Bhd hanya dapat memulakan tugas sebaik saja dapat melepasi beberapa halangan untuk tiba di lokasi tersebut. Makanan dan minuman turut diagihkan kepada mangsa.

BACA >>> PLUS Buka Semula Plaza Tol, Persimpangan Bertingkat Shah Alam

Peta laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ditutup kedua-dua arah.

Sementara itu, pasukan penyelamatan turut menghantar trak tunda ke lokasi bagi memindahkan kenderaan terkandas di beberapa lokasai bermula hari ini (20 Disember). Banjir dan tanah runtuh pada Sabtu lalu (18 Disember) menyebabkan banyak kenderaan terkandas yang mana laluan KM76 hingga KM136 lebuhraya Karak-Temerloh masih ditutup sejak 10 malam semalam (19 Disember).

Beberapa kawasan di Pahang dan Selangor dilanda hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu hingga menyebabkan banjir teruk di sekitar Lembah Kelang, Perak dan Terengganu. Malah, sesetengah kawasan di Janda Baik terputus hubungan dari dunia luar.

Setakat ini, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan 23,000 anggota untuk menolong usaha menyelamat. Pasukan Bomba pula melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat, selain membersihkan beberapa kawasan penting. Beberapa agensi bukan kerajaan (NGO) turut turun padang membantu mangsa terjejas.

Selain itu, ada juga sukarelawan yang turun berganding bahu menolong mangsa tragedi.

BACA >>> PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!

lebuhraya-karak-banjir-1
lebuhraya-karak-banjir-2
lebuhraya-karak-banjir-4

SUMBER: Bernama

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ANIH Bhd, Auto Terkini, Banjir Kilat, Bencana Alam, Hujan Lebat, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my