BOON Siew Honda (BSH) mengumumkan pilihan warna baharu untuk Honda Rebel 500 (2022) yang dijual pada harga asas RM32,899, tanpa insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
Warna baharu itu ialah Pearl Organic Green (hijau) yang kini ditambah bersama dua warna sedia ada, iaitu Matte Jeans Blue Metallic (biru) dan Graphite Black (hitam).
BACA >>> Honda Rebel (2020) Kini di Malaysia dengan Ciri dan Warna Baharu, Harga RM32.9k!
BACA >>> Honda Rebel 1100 (2021) Debut dengan Opsyen Transmisi Manual, DCT
Berikut perincian Honda Rebel 500 (2022):
- Dijana enjin 4-lejang 8-injap 2-silinder sebaris 471cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 45.6hp @ 8,500rpm dan tork 43.3Nm @ 6,000rpm.
- Menggunakan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac hidraulik dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 41mm (depan) dan absorber kembar Showa dengan tabung gas nitrogen di belakang untuk memastikan kualiti tunggangan lebih baik.
BACA >>> #TahukahAnda: Monoshock vs Dual-Shock, Suspensi Mana yang Lebih Bagus?
- Sistem henti menggunakan brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan saiz rim 16 inci yang dibalut tayar 130/90 di depan dan 150/80, belakang.
- Sistem lampu jenis kluster kuib LED, manakala panel meter jenis LCD dengan latar putih yang dibarisi indikator gear dan bar petrol.
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
- Tinggi pelana 690mm dan jarak lega bumi 136mm, manakala berat 190kg.
BACA >>> Kajian: Van Komersial Bawa Muatan Berat Pun Perlukan Lebih Jarak Berhenti
BACA >>> #RetroAuto: Lampu Signal Belok Masih Kekal Guna Teknologi 40-an
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Tongkat Sisi Motosikal Dipasang Sebelah Kiri?
SUMBER: Honda
Leave a Reply