• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Kongsi Foto Baharu Civic Type R (2023) yang Lebih Jelas, Terperinci!

Honda Kongsi Foto Baharu Civic Type R (2023) yang Lebih Jelas, Terperinci!

December 15, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA Honda meraikan kejayaan dalam Formula Satu (F1) dan pembukaan tempahan Civic serba baharu di pasaran tempatan, pengeluar automotif dari Jepun itu mendedahkan beberapa foto Civic Type R (2023).

Foto itu dirakamkan di Litar Suzuka, Jepun yang menjadi lokasi ujian terbaharu selepas berkongsi gambar di Nürburgring, Jerman, Oktober lalu.

BACA >>> Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Sedang Diuji Di Litar Nurburgring, Debut Tahun Depan

Civic RS (2022) yang baru buka tempahan di Malaysia

Kini Honda bermurah hati 'membelanjakan' lebih banyak foto model prestasi yang bakal dilancarkan tahun depan. Foto kali ini lebih terperinci hingga menampakkan garis rekabentuk bampar depan dan belakang. Berdasarkan foto itu juga dapat dibayangkan Civic Type R (2023) seperti sudah hampir siap dan mungkin tinggal kerja penalaan akhir.

Berikut apa dapat dihuraikan daripada foto Civic Type R (2023):

  • Bukaan ruang ambila udara bampar  lebar dan besar. Nampak seperti lebih lebar berbanding Civic Type R FK8R.
  • Fender lebih mengembang daripada Civic Hatchback.
  • Ventilator udara pada sisi fender hanya pada paras roda atau lebih rendah daripada Civic Type R FK8R.

  • Kaliper brek merah Brembo.
  • Rekaan rim seakan mirip Civic Type R FK8R dengan tayar Michelin.

  • Ekzos belakang kekal tiga muncung dengan saiz besar di tengah. Model terdahulu cuma dua muncung besar di kanan dan kiri. Rekaan difuser belakang pula seperti Civic Type R FK8R.
  • Rekabentuk spoiler lebih sederhana.

  • Ada spoiler bumbung, tetapi terlalu kabur untuk disahkan. Foto sebelum ini tiada spoiler.

  • Corak kamoflaj pada badan kereta menampilkan model Type R terdahulu.
  • Turut kelihatan sebelah kereta ialah Ketua Projek Civic Type R FK8R, Hideki Kakinuma, yang juga terlibat dalam pembangunan Civic Type R generasi keenam.

Selain luaran, Honda tidak berkongsi foto ruang dalaman. Biasanya Civic Type R dirias kemasan aksen merah. Mengenai enjin pula, Honda dijangka mengekalkan nadi 2.0L VTEC Turbo K20C1 dengan padanan transmisi manual 6-kelajuan.

Cuma kuasa dan ketangkasan masih menjadi tanda tanya, sama ada lebih berkuasa atau tidak. Sebagai makluman, Civic Type R FK8R mempunyai kuasa 306hp dan tork 400Nm. Turut menjadi tanda tanya, adakah Civic Type R (2023) baharu ini dapat mencatatkan rekod baharu di Nürburgring seperti model terdahulu?

Rekod Civic Type R FK8R sudah dileburkan Renault Megane R.S Trophy-R pada 2019 dan pasti menarik jika Honda dapat 'menapau' kembali rekod tersebut.

BACA >> Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!
BACA >> #BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika

Honda Civic Type R 2023
Honda Civic Type R Suzuka.01
Honda Civic Type R Suzuka.02
Honda Civic Type R Suzuka.03
Honda Civic Type R Suzuka.04
Honda Civic Type R Suzuka.05
Honda Civic Type R Suzuka.06
Honda Civic Type R Suzuka.07
Honda Civic Type R Suzuka.08
Honda Civic Type R Suzuka.09
Honda Civic Type R Suzuka.10
Honda Civic Type R Suzuka.11
Honda Civic Type R Suzuka.12
Honda Civic Type R Suzuka.13
Honda Civic Type R Suzuka.14
Honda Civic Type R Suzuka.15
Honda Civic Type R Suzuka.16
Honda Civic Type R Suzuka.17
Honda Civic Type R Suzuka.18
Honda Civic Type R Suzuka.19
Honda Civic Type R 2020 (UK)
Honda Civic Type R 2020
Honda Civic Type R 2020
2020 Civic Type R Limited Edition and Sport Line
2020 Civic Type R GT and Sport Line
2020 Civic Type R family
2020 Civic Type R GT and Sport Line
2020 Civic Type R Limited Edition and Sport Line
2020 Civic Type R GT and Sport Line

 

Related

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Type R, Honda Civic Type R 2023

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev