• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Syarikat Start-Up Afrika Dedah Konsep Teksi Udara Gaya Burung Besi Gergasi

Syarikat Start-Up Afrika Dedah Konsep Teksi Udara Gaya Burung Besi Gergasi

December 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

563
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT pemula (start-up) dari Afrika Selatan, Phracty mendedahkan konsep teksi udara elektrik luar biasa yang dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengangkutan yang agak kritikal di rantau Afrika.

Konsep teksi udara dengan nama Macrobat itu direka seperti burung besi gergasi yang boleh berlepas atau mendarat secara menegak, iaitu sebagai kenderaan eVTOL (Electric vertical take-off and landing)

BACA >>> Kereta Terbang AirCar Buat Penerbangan 35 Minit, Setinggi 2,500 Meter


Berikut beberapa maklumat dikongsi laman Phracty dan portal NewAtlas:

  • Jimat kos kerana tidak memerlukan landasan atau pad helikopter untuk berlepas atau mendarat.
  • Teksi udara dengan sepasang kaki dengan tiga sendi (setiap kaki) dan tayar trek seperti kereta kebal.
  • Setiap sendi mungkin mengandungi unit motor elektrik untuk membantu imbangan teksi udara serta meninggikan atau merendahkan pesawat. Ia juga untuk menyerap tekanan dan menyempurnakan proses pendaratan.
  • Kaki itu juga memposisikan teksi udara pada sudut kira-kira 45º untuk berlepas dan mendarat. Pada masa sama, sayap pesawat akan digerakkan secara menegak kira-kira 20º.

BACA >>> Joby Aviation - Teksi Udara Lima Tempat Duduk Mahu Mula Operasi Pada 2024

Phracty 1
Phracty 3
  • Semasa berlepas ke udara, kaki Macrobat akan berlipat dan akan terbang seperti sebuah pesawat kecil.
  • Phractyl mendakwa dua rotor besar seperti dalam foto render itu bukan ciri tetap, dan mungkin ditukar kepada beberapa unit rotor kecil.
  • Rekabentuk awal Macrobat menyediakan satu kerusi, dan mampu terbang sejauh 150km dengan keupayaan muatan 150kg, manakala kelajuan mencecah hingga 180kmj.

  • Teksi udara itu boleh dikawal juruterbang atau dikemudikan menggunakan alat kawalan jauh. Macrobat boleh membawa seorang penumpang atau muatan kargo.
  • Idea awal penggunaan adalah penerbangan rekreasi, pasukan kecemasan, kiriman bantuan kecemasan atau semburan racun di tanah pertanian.

BACA >>> RM2.5 Juta untuk Satu Kereta Terbang, 70 Unit Sudah Ditempah!

Phracty 4 copy
Phracty 2
Phracty 3
Phracty 1
Phracty

SUMBER: Phracty | NewAtlas

Related

563
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Macrobat, Phracty, Render Macrobat, teksi udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev