• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Avanza Generasi Baharu Masuk Pasaran Filipina Mac 2022

Toyota Avanza Generasi Baharu Masuk Pasaran Filipina Mac 2022

December 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Motor Philippines (Toyota Filipina) bakal memperkenalkan Avanza serba baharu seawal Mac 2022, kira-kira empat bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) itu debut di Indonesia, 10 November lalu.

Model generasi baharu itu akan menggantikan generasi kedua Avanza di negara tersebut yang dijangka membantu Toyota mengukuhkan momentum jualan yang dinikmati sejak sembilan tahun lalu.

BACA >>> Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander
BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?

TOYOTA AVANZA FILIPINA
TOYOTA AVANZA FILIPINA 2

Pelan pelancaran Avanza serba baharu di Filipina dianggap tepat pada masa kerana ramai pengguna negara itu kini sudah mula beralih ke segmen kenderaan 7-kerusi seperti Mitsubishi Xpander, Honda BR-V dan Toyota Rush.

Mengenai spesifikasi dan ciri model itu untuk pasaran Filipina, tiada maklumat diperoleh setakat ini. Portal Autoindustriya menjangka ada dua pilihan trenkuasa ditawarkan, iaitu:

TOYOTA AVANZA FILIPINA 1
TOYOTA AVANZA FILIPINA 3
  • 1.3L Dual VVT-i (96.6hp, 121Nm)
  • 1.5L Dual VVT-i (104.5hp, 137Nm)

BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?

TOYOTA AVANZA FILIPINA 1
TOYOTA AVANZA FILIPINA 3
  • Dua trenkuasa itu sama seperti generasi sedia ada, tetapi mendapat transmisi baharu jenis automatik CVT bagi menggantikan automatik 4-kelajuan konvensional. Khabarnya, varian asas mungkin hadir dengan kotak gear manual 5-kelajuan.
  • MPV baharu itu tidak lagi dibina berasaskan platform sistem pacuan roda belakang (RWD), tetapi badan-atas-frem (body-on-frame) dan pacuan roda depan (FWD).
  • Jadi ada kemungkinan ruang kabin lebih luas, sekali gus meningkatkan keselesaan pemanduan seperti sebuah kereta.
  • Namun, ia masih bergantung kepada talaan suspensi, dan Toyota juga dilaporkan sudah mengubah konfigurasi 7-kerusi dengan mod sofa panjang.
  • Avanza versi import dari Indonesia itu hadir dengan sistem penghidup tanpa kunci (keyless), stereng teleskopik boleh laras, mod manual untuk CVT, sistem penyaman udara digital, port pengecas USB dan dua pilihan rim, 15 dan 16 inci.
  • Avanza versi Indonesia itu turut dilengkapkan ciri keselamatan dipertingkat seperti 6-beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC) dan pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS).
  • Varian tertinggi dijangka dilengkapi ciri Bantuan Keluar Lorong (LDA), Sistem Pra-Pelanggaran (PCS), Sistem Pemantau Titik Buta (BSM) dan sistem pencegahan pecutan secara tidak sengaja (Anti-SUA).
  • Tiada harga rasmi diumumkan, tetapi dijangka lebih mahal daripada model terdahulu.

BACA >>> Teknologi Toyota Safety Sense (TSS) Terbukti Kurangkan Kadar Kemalangan
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

SUMBER: AutoIndustriya

Related

291
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, MPV 7 Tempat Duduk, Toyota Avanza (2022), Toyota Avanza Generasi Ke-3, Toyota Avanza Serba Baharu, Toyota Filipina, Toyota Motor Philippines

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev