MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd melancarkan warna dan grafik baharu untuk skuter Benelli VZ125i Special Edition (2022) yang dijual pada harga RM5,838, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, meningkat RM550 daripada model terdahulu yang dilancarkan pada 2018.
BACA >>> Benelli Lancar VZ125i, Skuter Sporty Gaya Urban
BACA >>> Wanita Ini Sorok Anak dalam Badan, Tunggang Skuter Sampai Muka Hitam Penuh Debu
Pilihan warna baharu ditawarkan ialah kuning, merah coklat dan biru cerah.
Berikut spesifikasi VZ125i Special Edition (2022):
- Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 124cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 8.4hp @ 7,500rpm dan tork 9.2Nm @ 6,000rpm.
- Tiada perubahan lain dibuat. Masih menggunakan lampu LED pada lampu utama, lampu siang (DRL), lampu signal dan lampu belakang.
- Ciri lain disediakan ialah port USB dalam kompartmen simpanan bawah pelana dan penyangkut di leher hendal ang boleh digunakan untuk menggantung barangan kecil.
- Menggunakan panel meter LCD yang memaparkan maklumat seperti spidometer, takometer dan bar petrol.
- Suspensi jenis fork teleskopik di depan dan absorber tunggal Kayaba sebelah jenis boleh laras prabeban di belakang.
- Sistem brek cakera hidraulik di depan dan brek dram di belakang.
- Tayar jenis tiubles 70/90 R14 (depan) dan 80/90 R14 (belakang).
- Juga ada kompartmen kecil seperti bakul/raga di bahagian pemuka untuk memuatkan barangan kecil seperti telefon pintar, powerbank.
- Tinggi pelana 735mm, kapasiti tangki petrol 4.9 liter dan berat kerab 97kg.
- Skuter ini kini boleh dilihat di wakil pengedar Benelli terdekat, dan setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun atau 20,000km perbatuan.
BACA >>> Benelli TRK 800 Lancar di EICMA 2021 dengan Gaya Menggiurkan
BACA >>> SYM Husky ADV (2022) Lancar, Bakal Cabar Honda ADV 150, WMoto Xtreme 150i
Leave a Reply