• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda N-ONE - Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!

Honda N-ONE - Kei Car Terbaik Jepun 2021/22!

January 6, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

744
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IDEA Kerajaan Jepun untuk rakyatnya menggunakan kereta kecil (kei car) memang bagus. Idea sama juga sepatutnya dibawa ke negara lain.

Kei car menggunakan jumlah besi dan plastik yang lebih rendah berbanding kenderaan lain, manakala enjin kecil menjadi komponen wajib untuk kei car. Jika boleh menuju dari destinasi A ke B dengan enjin 660cc, kenapa perlu lagi enjin besar? Tambahan pula, ramai yang memandu sendirian yang tidak memerlukan mereka berkereta besar.

BACA >>> Honda Jepun Perkenal N-ONE RS 660cc Turbo dengan Pilihan Manual 6-Kelajuan, CVT
BACA >>> Honda N-Van Compo - MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik

honda-n-one-jepun
honda-n-box-japan

Jadi, tidak lengkap jika bercakap tentang penjagaan alam sekitar, elektrifikasi dan sebagainya jika tidak dimasukkan sekali kebaikan kei car.

Jika di banyak negara Honda terkenal dengan kenderaan segmen-C seperti Civic dan CR-V. Di negara asal pula jenama itu terkenal dengan kenderaan kecil seperti N-Box dan N-ONE. Melihat N-ONE, teras seperti kembali ke era Civic generasi awal yang bersaiz kecil dan bergaya comel.

Apa menarik tentang N-ONE? Model itu baru saja terpilih sebagai Kei Car Terbaik Jepun (JCOY) 2021-2022.

Menurut jawatankuasa eksekutif JCOY, N-ONE memiliki pakej menarik seperti enjin turbo, teknologi bantuan pemandu Honda SENSING, boleh dipandu jauh tanpa masalah selain menawarkan kesenyapan dan juga enjin aspirasi natural (NA) berprestasi tinggi.

Turut menarik perhatian, N-ONE ialah keicar pertama dengan transmisi manual 6-kelajuan untuk model turbo pacuan roda depan (FWD), dan juga dilengkapi brek parkir elektronik (EPB), iaitu ciri premium untuk kereta kecil begitu.

honda-n-one-jdm-2021-2
honda-n-one-jdm-2021-3

Dari segi saiz, N-ONE memiliki dimensi panjang 3.39 meter dan lebar 1.475 meter. Ini kerana Honda menggunakan konsep Man Maximum Machine Minimum yang dipegang sejak sekian lama. Konsep itulah yang membentuk praktikaliti model Honda dengan ruang dalaman yang berpadanan buat pengguna.

Seperti dilaporkan pada Disember 2020, memang mengejutkan apabila Honda memperkenalkan N-ONE RS Turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan. Ia memberi pilihan sporty buat pengguna Jepun selain Modulo dan Mugen yang turut menawarkan kit khas untuk N-ONE.

Honda memperkenalkan N-ONE (2021) pada November 2020 dalam empat varian: Original, Premium, Premium Tourer dan RS. Harga ditawarkan bermula 1,599,400 yen (RM59,330) untuk varian asas N-ONE Original FF, dan 1,999,800 yen (RM74,180) untuk varian premium N-ONE RS (Manual dan CVT).

Dengan populariti Perodua Kancil suatu masa dulu, elok juga Kerajaan menggalakkan model kei car seperti N-ONE menjadi sebahagian program kenderaan cekap tenaga (EEV).

BACA >>> 'Kancil Lejen' Kena Sita, Identiti Pemilik Kekal Misteri
BACA >>> Honda AWV - Kereta Comel, Lasak Tanpa Pemandu untuk Kerja Berat di Tapak Pembinaan

Honda N-ONE JCOTY 2021-2022
Japan Car of the Year 2021-2022
Honda N-ONE JCOTY 2021-202201
Honda N-ONE RS
Honda N-ONE RS with Honda Access.01
Honda N-ONE RS with Honda Access.02
Honda N-ONE RS with Honda Access.18
Honda N-ONE RS with Honda Access.17
Honda N-ONE RS with Honda Access.16
Honda N-ONE RS with Honda Access.15
Honda N-ONE RS with Honda Access.14
Honda N-ONE RS with Honda Access.13
Honda N-ONE RS with Honda Access.12
Honda N-ONE RS with Honda Access.11
Honda N-ONE RS with Honda Access.10
Honda N-ONE RS with Honda Access.09
Honda N-ONE RS with Honda Access.08
Honda N-ONE RS with Honda Access.07
Honda N-ONE RS with Honda Access.06
Honda N-ONE 2021
honda-n-one-jdm-2021-8
honda-n-one-jdm-2021-7
honda-n-one-jdm-2021-6
honda-n-one-jdm-2021-5
honda-n-one-jdm-2021-4
honda-n-one-jdm-2021-3
honda-n-one-jdm-2021-2
honda-n-one-jdm-2021-1
honda-n-one-jdm-2021-9

Related

744
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Japan, Honda Jepun, Honda N One, Japan Car of the Year, Japan Car of the Year 2021/2022, Kei car, Kei Car Terbaik Jepun 2021/2022, Kereta Terbaik Jepun 2021/2022, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev