• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Desert-X (2022) Ilham Model Rali Paris-Dakar Lancar, Harga RM70k

Ducati Desert-X (2022) Ilham Model Rali Paris-Dakar Lancar, Harga RM70k

December 13, 2021 By Wahid Leave a Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL advencer Ducati Desert-X (2022) akhirnya dilancarkan selepas dipromosikan secara agresif menerusi pelbagai video acah. Ducati juga dikhabarkan mengambil masa tiga tahun membangunkan model tersebut selepas memperkenalkan versi konsep pada 2019.

BACA >>> Advencer Off-Road Tulen, Ducati DesertX (2022) Bakal Lancar Disember Ini

Desert-X (2022) diilhamkan daripada Cagiva Elefant yang pernah dua kali menjuarai Rali Paris-Dakar pada sekitar 1990-an. Berikut ciri dan spesifikasi model tersebut:

  • Dijana Enjin Testastretta 11° 937cc penyejukan cecair, sama seperti digunakan pada SuperSport 900. Ia dinaik taraf dan dikemas kini daripada trenkuasa konsep yang menggunakan enjin penyejukan udara/minyak.
  • Menghasilkan kuasa 108hp @ 9,250rpm dan tork 92Nm @ 6,500rpm, tetapi transmisi menggunakan nisbah gear lebih 'lebar' berbanding SuperSport 900. Gear-1 dan -2 lebih 'pendek' untuk kegunaan off-road, manakala gear-6 lebih 'panjang' untuk tunggangan atas jalan raya.

  • Kapasiti tangki petrol 21 liter dengan rizab 8 liter yang dipasang di belakang motosikal sebagai ciri yang ada pada jentera Rali Paris-Dakar. Petrol daripada tangki belakang akan dipindahkan apabila kapasiti tangki depan turun kepada satu tahap.
  • Rim depan 21 inci dan rim belakang 18 inci untuk kegunaan off-road.
  • Fork depan 46mm Kayaba dengan panjang travel 230mm., manakala monoshock belakang memiliki panjang travel 250mm.
  • Tinggi pelana 850mm (agak selesa berbanding model advencer lain di pasaran).
  • Sistem brek depan menggunakan kaliper Brembo monoblok M50, dan dipadankan Sistem ABS selekoh (ABS Cornering) boleh tutup dalam mod Enduro dan Rally.
  • Ada enam mod tunggangan selain dua disebutkan di atas tadi.

  • Sistem bantuan elektronik menggunakan unit unjuran inersia (IMU) dengan mod kawalan traksi, kawalan wheelie, kawalan brek enjin, kawalan jelajah, dan quickshifter untuk anjakan gear atas dan bawah.
  • Memiliki berat kerb (basah) 223kg, yang juga antara model advencer middleweight paling berat di pasaran.
  • Dijual pada harga AS$16,795 (RM70,750). Namun seperti biasa, harga pasti akan lebih mahal apabila tiba di bilik pamera Malaysia kelak.

BACA >>> Ducati AS Lancar Scrambler Desert Sled Fasthouse Edisi Terhad, 800 Unit, RM67.9k
BACA >>> Ducati Hypermotard 950 RVE dengan Grafik Badan Graffiti dan Ciri Dipertingkat

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Advencer, Adventure Middleweight, Ducati, Ducati Desert X (2022), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my