• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Razlan Dedah Petronas SRT Tidak Patut Ambil Rossi, Tapi Akui Tidak Ditekan Yamaha

Razlan Dedah Petronas SRT Tidak Patut Ambil Rossi, Tapi Akui Tidak Ditekan Yamaha

December 9, 2021 By Aryon Leave a Comment

812
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOS RNF Racing Yamaha, Datuk Razlan Razali menafikan dipaksa Yamaha menandatangani Valentino Rossi untuk pasukan Petronas Yamaha SRT bagi musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2021.

Malah pada masa sama beliau mengakui tidak sepatutnya menandatangai veteran MotoGP itu kerana ada ramai pelumba muda yang jauh lebih pantas.

BACA >>> Rossi Akan Tentukan Masa Depan Selepas 6, 7 Perlumbaan dengan Petronas SRT
BACA >>> Empat Pasukan Rossi akan Bersaing dalam MotoGP Tahun Depan!

Rossi dipindahkan ke pasukan satelit Petronas Yamaha SRT untuk saingan MotoGP 2021 bagi memberikan laluan kepada Fabio Quartararo memasuki pasukan Yamaha Factory. Kehadiran pelumba muda dari Perancis ke pasukan pengilang itu untuk musim 2021 sudah disahkan seawal Januari 2020.

Bagaimanapun status Rossi masih tertangguh kerana menunggu keputusannya sama ada hendak bersara atau terus berlumba dengan Petronas SRT selepas beberapa bulan sebelum mengumumkan persaraannya.

Razlan juga mendedahkan rasa skeptikal atas kehadiran Rossi kerana matlamat Petronas SRT Yamaha adalah menjadi platform kepada pelumba baharu dan semakin meningkat naik seperti mana dilakukan pada Quartararo dan Franco Morbidelli.

Malah Razlan mengakui berharap untuk tidak menggajikan Rossi walaupun ada desas-desus mengatakan beliau ditekan Yamaha.

Kalau saya dapat putarkan masa, saya sudah buat keputusan pada Jun 2021 untuk menerima tawaran kontrak baharu pertama daripada Petronas. Tetapi saya mahu berunding untuk lebih wang. Sejujurnya, saya tak sepatutnya ambil Valentino.

"Selalu ada tanggapan kami tiada pilihan selain menandatangani Valentino untuk 2021. Tanggapan itu adalah kami di bawah tekanan daripada Yamaha, tetapi tidak, tak ada tekanan pun."

"Secara peribadi, saya skeptikal hinggalah Valentino dapat podium ketiga bersama Fabio dan Vinales pada pusingan kedua di GP Jerez pada Julai 2020.

"Apabila saya duduk sebelah tiga pelumba tersebut di podium, otak aku cakap," Ok, mungkin mamat ni boleh buat"."

BACA >>> Yamaha Hadiahkan Rossi R1 GYTR VR46 Tribute Edisi Khas
BACA >>> Fabrizio: Rossi Betul, Ramai Pelumba Muda Tiru Cara Lumba Marquez yang Bahaya

SUMBER: VisorDown

Related

812
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Datuk Razlan Razali, MotoGP, Petronas SRT, Petronas Yamaha SRT, RNF MotoGP Team, sukan permotoran, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my