Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Empat Pasukan Rossi akan Bersaing dalam MotoGP Tahun Depan!
Auto Terkini

Empat Pasukan Rossi akan Bersaing dalam MotoGP Tahun Depan!

AryonBy Aryon28/09/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEGENDA hidup, Valentino Rossi secara rasmi akan bersara daripada perlumbaan pada penghujung musim. Namun, veteran itu masih kekal terlibat dalam kancah permotoran, cuma kali ini tidak lagi sebagai pelumba, tetapi sebagai pemilik beberapa pasukan lumba yang akan berentap seawal tahun depan.

Rossi akan menghantar pasukannya bukan hanya dalam kelas premier MotoGP, tetapi juga untuk kelas Moto2 (dua pasukan), dan Moto3.

BACA >>> Pasukan VR46 Sertai MotoGP Musim Depan!
BACA >>> Sultan Johor Menang Lagi Bidaan Nombor Pendaftaran, Kali Ini Pilih VR46!

Dalam kelas Moto3, Rossi menjalinkan kerjasama dengan Avinta untuk menaja pasukan Avinta VR46 Riders Academy. Bagaimanapun, buat masa ini senarai pelumba yang akan menyertai pasukan baharu itu masih belum dimuktamadkan. Apa yang pasti, pelumba tersebut bakal terdiri daripada pelatih di bawah VR46 Academy, sama seperti pelumba sedia sekarang yang mula mencipta nama, seperti Pecco Bagnaia dan Franco Morbidelli.

BACA >>> Ducati Siap Sedia 8 Jentera untuk Saingan MotoGP 2022

Dalam kelas Moto2 pula, VR46 akan menghantar dua pasukan. Pertama ialah Aramco VR46 Team yang sudah memeterai perjanjian dengan syarikat minyak dari Arab Saudi, dan akan dianggotai pelumba muda, Marco Bezzecchi dan Celestino Vietti. Pasukan Moto2 kedua pula akan menggantikan Petronas SRT selepas syarikat minyak dari Malaysia itu menarik diri daripada senarai penaja.

VR46 membuat persetujuan langsung dengan Yamaha dan akan menamakan pasukan baharu itu sebagai Yamaha VR46 Master Camp Team.

BACA >>> SAH! Aramco Racing Team VR46 Guna Jentera Ducati Tiga Tahun

Akkhir sekali dalam kelas premier MotoGP, VR46 mengesahkan menjalin kerjasama dengan Ducati yang bukan hanya akan bersaing pada 2022, tetapi sehingga musim 2024.

Walaupun segalanya masih belum cukup jelas mengenai tajaan bernilai jutaan euro daripada Putera Saudi, apa dapat dipastikan, Rossi sememangnya lebih daripada layak untuk memiliki atau mennguruskan apa saja pasukan lumba walaupun tanpa tajaan mana-mana kerabat diraja.

BACA >>> Marquez Tak Boleh Bayang Diri di Tempat Rossi, Terus Lumba Tapi Tak Menang

Aramco VR46 Team Auto Terkini Avinta VR46 Riders Academy Pasukan Valentino Rossi Valentino Rossi VR46 Yamaha VR46 Master Camp Team
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.