SELEPAS beberapa foto dan video acah disiarkan media tempatan sebulan lalu, Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan City Hatchback (2022) untuk pasaran Malaysia.
Model hatchback pengganti Jazz ini ditawarkan dalam empat varian pada harga seperti berikut:
- 1.5 S (asas) - RM75,670
- 1.5 E - RM83,060
- 1.5 V (premium) - RM87,860
- 1.5 e:HEV RS - harga akan diumumkan awal 2022
Walaupun baru dilancarkan, model subkompak Honda dengan ciri termaju ini pantas mencuri hati ramai dan kini dikatakan sudah menerima tempahan lebih 2,000 unit.
Tidak keterlaluan kami katakan golongan muda yang melihat City Hatchback ini pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Nak tahu kenapa? Mari kami cerita...
BACA >>> #PanduUji: Abang Gan Cuba Honda City Hatchback RS di Sepang
1. Gaya 'Sporty, Premium
City Hatchback (2022) sememangnya direka untuk golongan muda dengan konsep 'Energetic Hatchback' yang mengetengahkan pemanduan aktif, bergaya dan versatil. Antara ciri luaran yang mampu menarik perhatian pembeli adalah:
- Lekuk dan garis badan tajam dan sporty.
- Rupa depan menekankan identiti City yang dapat dikesan padar rekaan lampu siang (DRL).
- Rupa belakang menampilkan karakter City yang menampakkan visual rendah dan lebar.
- Rekaan lampu belakang unik menyerlahkan identiti tersendiri ketika di jalanan.
- Ciri sporty dapat dikesan pada pusat graviti rendah (CoG), gaya kabin slik selain mengekalkan faktor praktikaliti dan ketahanan sebagai sebuah hatchback.
- Varian e: HEV RS dan V dipasangkan rim aloi dwi-tona 16 inci.
- Varian 1.5 S (asas) dan 1.5 E hadir dengan rim aloi 15 inci warna perak.
- Hanya varian RS e:HEV dan V dipasangkan lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang.
Perbezaan yang ada pada e: HEV RS:
- Kemasan sisi spoiler
- Rekaan bampar spesial
- Rim 16 inci dwi-tona dengan warna eksklusif
- Lampu utama LED penuh dengan rekaan eksklusif
- Panel bonet hitam
- Cermin sisi hitam
- Gril bawah
- Kemasan lampu kabus
- Brek parkir elektronik (EPB)
2. Jimat Minyak
Kalau ditanya orang muda, antara perkara diambil berat sebelum membeli kereta adalah kos bahan api yang menjimatkan. Jawapannya ada City Hatchback (2022) ini.
- Enjin petrol 1.5L DOHC i-VTEC pada varian V, E, dan S menawarkan penjimatan bahan api 5.6 liter per 100km.
- Enjin hibrid i-MMD 1.5L e:HEV untuk varian e:HEV RS pula memberikan penjimatan 3.6 liter per 100km. Lagi jimat!
3. Ruang Dalaman Praktikal
Salah satu tarikan utama lain adalah ciri Ultra Seats yang menawarkan konfigurasi tempat duduk dalam empat mod berbeza, iaitu:
- Utiliti (Utility) - Kerusi belakang boleh direbahkan sepenuhnya.
- Panjang (Long) - Kerusi penumpang depan dan kerusi belakang direbahkan untuk memuatkan barangan saiz panjang
- Tinggi (Tall) - Boleh memuatkan barangan tinggi
- Segar Semula (Refresh) - Rebahkan dua kerusi depan ke belakang, dan duduklah bersantai di belakang bersama orang tersayang.
Ya, memang sesuai sangatlah City Hatchback (2022) ini digunakan untuk mengangkut perabot IKEA tanpa perlu menyewa lori. Nak balik kampung pun boleh bawa macam-macam barang. Ramai yang sukakan ciri ULTRA Seats macam inikan?
4. Kabin Menonjol, Kukuh
City Hatchback dibian menggunakan frem G-CON (G-Force Control) yang diperkuat 6 peratus untuk mengekang impak energi jika berlaku perlanggaran bagi mengurangkan kecederaan terhadap penumpang.
Menyedari ramai sukakan suasana kabin senyap, pilar-A dan -B disadur busa poliuretana (polyurethane). Bahagian enjin pula dipasang peredam bunyi untuk mengurangkan kesan bunyi dan geseran. Apabila kurang berbunyi, fiil memandu pun seronok.
Material pula berbeza mengikut varian seperti berikut:
- 1.5L e:HEV RS - Kerusi ultra-sued (seakan baldu) dengan aksen merah dan sulaman benang merah
- 1.5L V - Kerusi kulit
- 1.5L S dan E - Kerusi fabrik
5. Keselamatan & Teknologi
City Hatchback (2022) menampilkan teknologi keselamatan termaju dalam kelas menerusi ciri Honda LaneWatch untuk varian RS e:HEV dan V yang berfungsi memantau kehadiran kenderaan di bahagian kiri dan mengurangkan kekang titik buta dengan memaparkan visual pada skrin unit infotainment. Dengar pun rasa macam syok je kan?
Ada lagi hebat, iaitu sistem bantuan pemandu yang dikatakan paling lengkap dalam segmen hatchback subkompak tempatan, iaitu Honda SENSING, khas untuk pemilik varian 1.5L e:HEV RS.
Honda SENSING menggunakan banrtuan kamera depan pandang lebar sebagai sensor untuk mengesan jauh dan dalam sudut lebih lebar bagi fungsi seperti berikut:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW) - mampu mengesan kehadiran pejalan kaki pada malam, mengecam penunggang basikal dan kenderaan membelok masuk simpang kiri atau kanan)
- Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
- Mitigasi Keluar Jalan (RDM)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB)
Menariknya, semua varian City Hatchback dipakejkan ciri keselamatan standard seperti:
- Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
- Sistem Brek Anti Kunci (ABS)
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Bantuan Brek (BA)
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Bantuan Mula Daki (HSA)
- Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX jenis I-Size
- Amaran Tali Keledar penumpang belakang
Varian 1.5L e:HEV RS diberikan tambahan Brek Pegun Automatik (ABH) yang akan mengaktifkan brek parkir secara automatik apabila kereta berhenti, dan dinyahaktif apabila menekan pedal minyak.
6. Unit Infotainmen dengan Apple CarPlay, Android Auto
Kalau sasarannya pembeli muda, sudah tentu mereka mahukan ciri teknologi di hujung jari. City Hatchback (2022) ialah model kedua Honda dilengkapkan aplikasi Honda Connect yang membolehkan pengguna menghubungkan unit infotainment dengan aplikasi telefon pintar.
Bagaimanapun ciri ini dikhaskan untuk varian 1.5L e:HEV RS. Berikut fungsi ttama Honda Connect;
- Diagnostik Kenderaan
- Aplikasi Jarak Jauh
- Aplikasi Keselamatan
- Pemantauan Kenderaan
- Perkhidmatan Sokongan
7. Warna Mengancam
Pemilihan warna juga penting untuk orang muda. Jadi Honda menawarkan lima warna menarik untuk dipilih.
- 1.5L V, E, dan S - Ignite Red Metallic (merah), Meteoroid Gray Metallic (kelabu), Platinum White Pearl (putih), Lunar Silver Metallic (perak) dan Crystal BLack Pearl (hitam)
- 1.5L e:HEV RS - hanya ada warna merah, putih dan kelabu
8. Ada Waranti!
Risau dengan kos penyenggaraan? Jangan bimbang kerana Honda Malaysia memberikan pakej warantai dan servis menarik kepada pemilik hatchback segmen-B ini, iaitu.
- Waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had
- 5 kali servis dengan upah buruh PERCUMA
- Waranti 8 tahun untuk bateri hibrid (lithium-ion) dengan perbatuan tanpa had
Hah, sekarang dah minat nak beli City Hatchback (2022) Serba Baharu ini? Apa lagi, jom cepat jenguk mana-mana 102 pengedar Honda Malaysia seluruh negara atau layari laman webwww.honda.com.my.
BACA >>> Honda Malaysia Mula Ambil Tempahan City Hatchback (2022), Dua Varian Ditawarkan
BACA >>> 6 Spesial Tentang Honda City Hatchback (2022) yang Perlu Anda Tahu, Baru Lancar Tadi!
Leave a Reply