LAGI kes kemalangan disebabkan kenderaan melawan arus. Terbaharu, sebuah van menerusi rakaman kamera pemuka (dashcam) dirakamkan memandu melawan arus di Jambatan Pulau Pinang, George Town, awal pagi tadi.
Insiden berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi sebelum tular di media sosial.
BACA >>> Pemandu Proton Wira Maut Langgar Tiang Elektrik
BACA >>> Kia Sportage (2021) Eropah Diperkenal, Lebih Kompak daripada Model Global, Harga Mula RM150k
Tindakan pemandu itu menyebabkan berselisih dengan sebuah kereta, dipercayai Honda City kerana cuba mengelak berlanggar dengan van melawan arus tersebut.
Van melawan arus jalan itu dirakamkan memandu di lorong kanan sebelum menukar lorong ke tengah apabila meyedari kehadiran City . Bagaimanapun, situasi mengelirukan itu menyebabakan pemandu City hilang kawalan hingga terlanggar tembok pembahagi di kanan jalan.
City itu juga terbabas dan berhenti di tengah lorong. Jadi tiada perlanggaran secara berdepan berlaku, dan mujurlah awal pagi kerana trafik masih lengang.
Maklumat lanjut mengenai pemandu City tersebut masih tidak diketahui, dan diharapkan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ramai mengharapkan polis dapat mengesan dan memberkas pemandu van tersebut kerana perbuatan memandu melawan arus jelas sekali sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
BACA >>> 14,600 Unit Perodua Myvi (2022) Facelift Ditempah Sejak Lancar!
BACA >>> Sesat Ikut Jalan Pintas, Minyak Motor Pula Habis, Remaja Minta Tolong Bomba
Leave a Reply