• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 390 Adventure, 250 Adventure (2022) dengan Warna Baharu, Ciri Diperhalusi

KTM 390 Adventure, 250 Adventure (2022) dengan Warna Baharu, Ciri Diperhalusi

December 6, 2021 By Wahid Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dijangka, KTM 390 Adventure  dan 250 Adventure yang dilancarkan pada 2020, menjadi model pengeluar itu yang sangat popular apabila memasuki pasaran Malaysia pada 2021.

Malah, fasiliti KTM dikatakan terpaksa bekerja lebih masa untuk memenuhi permintaan. Populariti platform yang seperti dikacuk antara naked bike 390 Duke dan enduro 350 EX-C/F membolehkan ia ditunggang selesa ke mana saja selain memberikan karakter pengendalian yang tangkas dengan fizikal ramping dan ringan.

Justeru KTM kini memperhalusikan lagi model untuk 2022 dari segi skema warna baharu, casis, dan pakej elektronik.

BACA>>> KTM Malaysia Lancar 250 Adventure (2021) dan 390 Adventure (2021), Harga RM21.5k, RM30.8k

Berikut ciri diperbaharui pada 390 Adventure (2022):

  • Dua mod kawalan traksi baharu: Street dan Off-Road. Dua mod ini mengawal tahap gelinciran roda belakang untuk memberikan kawalan sepenuhnya atas jalan basah dan off-road.
  • Penunggang 390 Adventure sebelum ini mengadu mod disetkan semula kepada mod Road apabila motosikal terbalik atau enjin mati ketika menunggang off-road. Ini memaksa mereka mengeset semula kepada mod off-road. Bagaimanapun, mod Off-Road baharu tidak akan diset semula kepada mod Road.
  • Rim baharu 10 jejari berbanding 12 jejari. Menurut KTM, rim baharu kali ini lebih kuat dan memberika fiil pengendalian lebih baik ketika menunggang sama ada atas jalan raya berturap atau off-road.
  • Warna baharu, iaitu hitam-jingga, dan jingga-biru metalik seperti RC 390 dan 1290 Super Duke R baharu.

BACA >>> KTM 1290 Super Duke RR (2021) Edisi Terhad Habis Jual dalam Masa 48 Minit

416232_MY22 KTM 390 ADVENTURE _ FRA approved
417274_KTM Adventure 390 MY22 BLUE Front-Right
417272_KTM Adventure 390 MY22 BLUE 90-Right
417266_KTM Adventure 390 MY22 BLACK 90-Right
417276_KTM Adventure 390 MY22 BLUE Rear-Right

Berikut ciri diperbaharui pada 250 Adventure (2022):

  • Rim 10 jejari seperti 390 Adventure (2022).
  • Skema warna jingga-putih, dan biru-putih.
  • Fungsi KTM My Ride, Quickshifter+ masih menjadi opsyen tambahan.

BACA >>> KTM Racing Lantik Orang Kuat Pramac Ducati Sebagai Pengurus
BACA >>> #Spyshot: KTM RC8 Dikesan Sedang Diuji, Dijangka Lancar 2023

416511_MY22 KTM 250 ADVENTURE
416528_MY22 KTM 250 ADVENTURE
416529_MY22 KTM 250 ADVENTURE
416531_MY22 KTM 250 ADVENTURE
416535_MY22 KTM 250 ADVENTURE
416534_MY22 KTM 250 ADVENTURE
416533_MY22 KTM 250 ADVENTURE
417278_KTM Adventure 250 MY22 BLUE 90-Right
417280_KTM Adventure 250 MY22 BLUE Front-Right
417282_KTM Adventure 250 MY22 BLUE Rear-Right
417284_KTM Adventure 250 MY22 ORANGE 90-Right

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2021, KTM, KTM 250 Adventure (2022), KTM 390 Adventure (2022), naked bike, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev