HARGA alat ganti kenderaan semua kelas dijangka meningkat hingga 60 peratus yang mungkin turut melibatkan alat ganti terpakai.
Pengerusi Persatuan Pemilik dan Pengusaha Bengkel Automotif Bumiputera Perak, Hadiman Ariffin berkata, peningkatan harga itu disebabkan masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan. Kenaikan harga alat ganti baharu turut terkesan disebabkan peningkatan cukai import.
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
BACA >>> Lebih Banyak Untung Jual Alat Ganti Tiruan Berbanding Dadah
Hadiman berkata lagi, pemilik bengkel di bawah naungan persatuan akan cuba mengelakkan membebankan pemilik kenderaan, tetapi pada masa sama bergelut menyerap kenaikan kos mendadak.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George pula berkata, berdasarkan pemantauan aktiviti pengilang alat ganti, ada pihak tidak bertanggungjawab menyimpan semua stok sebagai langkah meningkatkan harga.
Beliau juga menganggap situasi itu sebagai tindakan yang mendukacitakan dan tidak boleh diterima. Bagaimanapun tiada laporan menyatakan isu tersebut akan dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Apa berlaku sekarang sebenarnya sudah boleh dijangka, tetapi peningkatan hingga 60 peratus boleh dianggap sebagai terlalu mengarut. Ramai pengusaha alat ganti tidak sedar tindakan mereka hanya akan menyebabkan berlaku lambakan alat ganti tiruan berkualiti rendah yang boleh membahayakan pengguna.
Ramai rakyat Malaysia masih dalam keadaan tertekan akibat kemorosotan ekonomi berikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tiada tuju hala dengan prosedutr operasi standard (SOP) mengelirukan. Kini mereka perlu dihadapkan pula dengan berita kenaikan harga mendadak untuk barangan asas seperti sayuran dan makanan.
Diharapkan Kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk meredakan kesengsaraan rakyat dan memulihkan ekonomi negara.
BACA >>> 10 Jam Bomba Padamkan Api, Punca Kedai Alat Ganti Terbakar Masih Misteri
* Gambar sekadar hiasan
SUMBER: Utusan
Leave a Reply