TULAR di media sosial orang awam mengamuk dan menendang sebuah Perodua Axia merah di Jambatan Kuala Ibai, Kuala Terengganu, semalam.
Menerusi beberapa rakaman video, pemandu Axia dikatakan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan tujuh kenderaan lain.
BACA >>> Perodua Myvi (2022) Facelift Lancar, Ada 'Power Mode', A.S.A 3.0! Harga Mula RM45.7k!
BACA >>> Cilok Tak Pandang Jalan, Pakcik Kriss Terlungkup Kena Langgar Persona
Turut kelihatan orang awam memegang batu-bata seolah-olah mahu membelasah pemandu Axia tersebut. Bagaimanapun, situasi dapat dikawal apabila pihak polis berjaya menangkap pemandu dan penumpang Perodua Axia yang seolah-olah sedang mabuk itu.
Video tersebut di muat naik Blossom Belle di grup Facebook DashCam Owner Malaysia.
Kemalangan di Jalan Kuala Ibai Kuala Terengganu. Pemandu Axia Merah Didapati Mabuk (Tak Habis-Habis Mabuk )."
<table=100%>
Menurut polis, insiden berlaku jam 6.15 petang, melibatkan dua penumpang, termasuk pemandu Axia yang gagal membrek hingga melancar tujuh kenderaan di depan di satu persimpangan lampu isyarat. Semua pemandu kereta yang dilanggar sudah membuat laporan polis.
Polis kemudian mengesahkan pemandu Axia itu positif dadah jenis metamfetamin.
BACA >>> Lelaki Hilang Memori Setiap Kali Bangun Tidur, Penderitaan Akibat Kemalangan Sejak 2015
BACA >>> Tiga Maut, Dashcam Jadi Saksi Aruz Laju Sangat
Leave a Reply