HONDA RC213V-S kini memegang status sebagai motosikal jenama Jepun paling mahal dunia yang dijual dalam acara lelongan dengan meraih harga 27,100,000 yen, termasuk cukai (RM988,540).
Proses jualan menerusi Bingo & Yahoo! Auction itu diadakan pada 31 Oktober lalu, memintas rekod lelongan motosikal Jepun termahal sebelum ini, Honda CB750 Prototype (1968) yang berharga 25,132,935.84 yen (RM916,820).
BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia
Berikut perincian RC213V-S:
- Memiliki spesifikasi sama seperti jentera MotoGP, tetapi versi jalanan yang boleh ditunggang atas jalan raya awam, dan dilengkapkan sistem lampu, lampu signal belok dan pemegang nombor plat.
- Hanya 213 unit dihasilkan dan unit dilelong bernombor 58 dengan tahun pengeluaran 2016.
- Dihasilkan menggunakan tangan supaya menepati standard replika sebenar MotoGP dan nilai motosikal itu akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.
- Ketika dilancarkan pada 2016, model ini menjadi motosikal lumba versi jalanan termahal dunia yang dijual pada harga setinggi AS$184,000 (RM825,420)!
BACA >>> Honda RC213V-S - Motosikal Lumba Versi Jalanan Paling Mahal di Dunia
- Pelumba MotoGP, Marc Marquez sendiri pernah menunggang salah satu unit RC213V-S sebagai jentera latihan sebelum kembali menyertai MotoGP berehat lama akibat kecederaan patah tangan.
- Motosikal tiga tona (HRC Tricolor) itu sudah ditunggang sejauh 191km dan hadir bersama kit Sport manakala trenkuasanya mampu meledakkan kuasa setinggi 212hp.
BACA >>> Marc Marquez dan RC213V-S Kembali Asah Trek!
BACA >>> Durian Runtuh, Lelaki Ini Dapat Jual Yamaha RX-Z ‘Biru Bohjan’ RM60k!
BACA >>> Cap Helmet Bell Kuning Diraja Ini Mahu Dijual RM15k! (Mu Dok Kenal Barey)
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply