• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Cakera Brek Depan Lebih Besar daripada Belakang?

#TahukahAnda: Kenapa Cakera Brek Depan Lebih Besar daripada Belakang?

November 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

783
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBANYAKAN motosikal moden hari ini hadir dengan sistem brek cakera pada kedua-dua roda. Mungkin ada yang tertanya, kenapa saiz cakera (rotor) roda depan lebih besar berbanding belakang.

Perbezaan saiz cakera menunjukkan keupayaan daya membrek kedua-dua roda adalah berbeza. Ini penjelasan kenapa pengeluar tidak memasang cakera brek bersaiz sama pada kedua-dua roda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?

Beban Beralih Ketika Membrek

Brek Cakera - 3
Brek Cakera - 2
  • Kenderaan biasanya lebih berat pada bahagian depan ketika bergerak dan dipengaruhi faktor  inersia.
  • Pada masa sama, traksi roda depan akan bertambah kerana lebih banyak berat kenderaan sedang ditolak ke depan. Ini menyebabkan pemandu menggunakan lebih banyak daya brek depan.
  • Disebabkan kebanyakan beban atau berat kenderaan beralih ke depan, jumlah agihan brek pada roda belakang sudah berkurangan. Jika brek belakang memiliki daya berhenti lebih kuat, ini menyebabkan roda mudah terkunci.

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)

  • Fenomena roda terkunci sukar berlaku pada motosikal yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Namun, pengeluar motosikal kekal memasang cakera lebih kecil pada roda belakang sebagai cara mengurangkan kos pembuatan dan mengoptimumkan harga jualan.

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

Jenis Brek Cakera

Brek Cakera - 1
Brek Cakera - 4
  • Ada dua jenis: cakera biasa (solid) dan cakera apung (floating). Cakera solid biasanya dipasangkan pada kebanyakan model mampu milik, manakala cakera apung ada pada jentera prestasi tinggi.
  • Cakera brek konvensional lebih popular ditemui pada model kapcai seperti Yamaha 135LC atau Honda Dash 125. Bentuk cakara adalah jenis sekeping yang diikat pada rim mengunakan beberapa skru.
  • Kelebihan brek cakera konvensional ialah berharga lebih murah selain menawarkan operasi penggunaan harian terbaik di jalan raya biasa. Bagaimanapun, kekerapan atau daya membrek lebih tinggi boleh menyebabkan pembentukan suhu panas sekali gus mempercepatkan kehausan cakera.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

  • Cakera apung pula terdiri daripada dua bahagian yang dicantum menjadi sekeping cakera. Kedua-dua bahagian itu dicipta menggunakan logam berbeza untuk mengurangkan kerosakan cakera akibat suhu panas ketika membrek.
  • Brek jenis ini hanya digunakan pada roda depan motosikal prestasi, sebaliknya roda belakang masih bergantung kepada cakera tunggal konvensional. Kekurangan cakera apung adalah agak berat dan lebih mahal berbanding cakera konvensional.

BACA >>> Brembo Bangunkan Cakera Brek Lebih Besar untuk Jentera MotoGP
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Debu Brek Terhasil dan Cara Atasi?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?

SUMBER: Zing | Brembo

Related

783
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: brek cakera, Jenis Brek Cakera, Kelebihan Brek Cakera, Mengapa Brek Depan Besar, Perbezaan Brek Cakera Depan Belakang, roda2, teknik membrek

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev