• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baling Batu Sebab Geram Kena Himpit Lori

Baling Batu Sebab Geram Kena Himpit Lori

November 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

798
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua, suspek pembaling batu ke arah kenderaan yang melalui bawah jejambat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Malau di Kedah akhirnya ditangkap polis.

Suspek ialah lelaki berusia 34 tahun dan dia  ditahan di jejambat Bandar Darulaman ketika dipercayai cuba mengulangi tindakan membaling batu di lokasi sama, jam 1.45 petang, semalam (10 November 2021).

Suspek mendakwa dia melakukan tindakan itu kerana tidak puas hati dengan pemandu lori yang kerap menghimpit kenderaannya sebelum ini.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/11/baling-batu-kedah.mp4

Suspek ditahan dalam satu operasi khas selepas polis menerima dua kes laporan membaling batu di kawasan berkenaan, manakala PLUS pula menerima tiga laporan kejadian sama.

Beberapa hari lalu, satu video tular di media sosial menunjukkan cermin kereta dipercayai Perodua Myvi berwarna merah pecah akibat dibaling beberapa ketul batu di lokasi sama.

BACA >>> #Tular: Nak Makan Tapi Kedai Tutup Punca Sekumpulan Lelaki Mengamuk Tak Ingat Dunia
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Perkara yang Pemandu Kereta Kena Faham Pasal Motosikal

suspek baling batu - 0
suspek baling batu - 1
suspek baling batu - 2

Berikut kronologi operasi tangkapan suspek:

  • Seorang penunggang motosikal lelaki dilihat dalam keadaan mencurigakan di lokasi itu.
  • Suspek menunggang motosikal Honda Wave S berwarna biru dan berhenti atas jejambat lebuh raya dari Jalan Wang Tepus menghala Bandar Darulaman.
  • Suspek turun dari motosikal dan mengambil sesuatu dari raga (bakul) motosikal.
  • Anggota polis segera menghampiri suspek dan menjalankan pemeriksaan.
  • Dua ketulan batu ditemui dalam raga motosikal suspek.
  • Hasil siasatan mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes baling batu dari atas jejambat lebuhraya sebelum ini.
  • Suspek ada tujuh rekod lampau berkait kes jenayah (2 kes) dan dadah (5 kes).
  • Hasil ujian saringan air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis metamfetamin.

BACA >>> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif
BACA >>> Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental

Related

798
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Baling Batu Jejambat PLUS, Bandar Darulaman, Cawangan Pengecah Jenayah Balai Polis Jitra, Honda Wave S, Rodzi Abu Hassan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev