• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Lancar Model Advencer TRK 800 (2022) Hujung Bulan Ini di Itali

Benelli Lancar Model Advencer TRK 800 (2022) Hujung Bulan Ini di Itali

November 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI berkongsi satu video acah, sekali gus mengesahkan pengeluar itu akan memperkenalkan model baharu, TRK 800 (2022) pada acara Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, 23 November ini.

Sebelum ini, anak syarikat QJ Motor dari China itu memberikan beberapa bayangan awal menerusi saluran media sosial mengenai rancangan menawarkan model advencer saiz sederhana, TRK 800.

BACA >>> Pencabar Yamaha Tracer, Benelli TRK 700 Dijangka Lancar Bulan Depan
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Didedahkan, Advencer Minimalis dengan DNA Tradisi

Benelli TRK 800 - 4
Benelli TRK 800 - 2

Klip video dimuat naik di YouTube rasmi Benelli dua hari lalu mendedahkan TRK 800 mempunyai lebih banyak garis badan berbanding varian lebih kecil TRK 502.

Rekabentuk TRK 800 menampilkan elemen paling menonjol dengan gaya maskular, moden dan sporty. Rekabentuk juga jauh berbeza dengan konsep lasak ala Rali Dakar yang digunakan pesaing lain seperti Yamaha Tenere 700 dan Aprilia Tuareg 660.

BACA >>> Yamaha Tenere 700 Rally Edition dengan Seragam Rali Dakar 80-an, Prestasi Dipertingkat
BACA >>> Aprilia Tuareg 660 (2022) Didedahkan, Advencer Minimalis dengan DNA Tradisi

Benelli TRK 800 - 0
Benelli TRK 800 - 6

Buat masa ini, tiada spesifikasi awal dikongsikan, tetapi portal Motociclismo membuat ramalan sendiri, iaitu:

  • Ada lampu LED berbentuk anak panah yang disepadukan pada panel sisi motosikal.
  • Dipacu trenkuasa 754cc, sama seperti Leoncino 800 dan 752S.
  • Mungkin hadir dalam dua varian, dan salah satu adalah untuk tunggangan harian.
  • Varian biasa dijangka dipasangkan rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 160/60 (belakang).
  • Varian tertinggi dipercayai menggunakan rim jejari (spoked) 19 inci di depan dan 17 inci di belakang dengan saiz tayar 110/80 (depan) dan 150/70 (belakang).
  • Berat adalah sekitar 220kg.

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Tongkat Sisi Motosikal Dipasang Sebelah Kiri?

Benelli TRK 800 - 3
Benelli TRK 800 - 1
Benelli TRK 800 - 2
Benelli TRK 800 - 0
Benelli TRK 800 - 6
Benelli TRK 800 - 4

SUMBER: RideApart | Motociclismo

Related

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia Tuareg 660, Auto Terkini, Benelli TRK 800 (2022), Motosikal Adventure Benelli, Pameran Motor Milan (EICMA), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, roda2, teaser, TRK 502, Video Acah, Yamaha Tenere 700

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev