DALAM tempoh sebulan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 2,710 kesalahan dilakukan penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) dalam operasi khas Ops Merah.
Ops Merah bermula 8 Oktober lalu dijalankan seluruh negara bertujuan meninjau tahap pematuhan undang-undang jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) dan program advokasi, menumpukan kenderaan motosikal yang menjalankan perkhidmatan p-hailing.
BACA >>> JPJ Beri Izin Lapor Jika Nampak Ada Kenderaan Guna Nombor Plat Fancy
BACA >>> JPJ: Jangan Bawa Kayu Penyendal Bawah Lori!
Berikut jenis kesalahan dikesan sepanjang tempoh ops berlangsung:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Tiada lesen memandu
- Tiada perlindungan insurans
- Menggunakan telefon bimbit ketika menunggang
- Melawan arus
- Tidak memakai helmet
- Mengubah suai kenderaan termasuk nombor pendaftaran dan kesalahan lain
BACA >>> Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen, Cukai Jalan Sehingga 31 Disember 2021, Boleh Walk-in Di JPJ
Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kesalahan paling tinggi membabitkan penunggang p-hailing ialah melanggar lampu isyarat merah, iaitu 902 kesalahan, tiada lesen memandu (602 kesalahan) dan tiada perlindungan insurans (256 kesalahan).
Statistik JPJ mendapati 60 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal dan operasi ini menumpukan kepada motosikal yang menjalankan perkhidmatan p-hailing.
Operasi juga adalah maklum balas terhadap aduan orang ramai berhubung kesalahan dilakukan pemandu dan penunggang motosikal terutama perkhidmatan p-hailing.
Sejak 8 Oktober hingga 5 November lalu, 88,365 kenderaan diperiksa seluruh negara dengan 14,677 notis saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas. Dalam tempoh sama, 11,762 motosikal turut diperiksa.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental
BACA >>> 40 Peratus daripada 600,000 OKU Jadi Cacat Akibat Kemalangan Jalan Raya Malaysia
SUMBER: JPJ | Berita Harian
Leave a Reply