• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Mula Ambil Tempahan City Hatchback (2022), Dua Varian Ditawarkan

Honda Malaysia Mula Ambil Tempahan City Hatchback (2022), Dua Varian Ditawarkan

November 9, 2021 By Shawkath Leave a Comment

937
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ORANG ramai kini sudah boleh membuat tempahan Honda City Hatchback (2022) di semua rangkaian pengedar rasmi Honda Malaysia seluruh negara. Bagaimanapun, harga model pengganti Jazz itu masih belum didedahkan.

Honda Malaysia mengesahkan model dengan ciri termaju itu bakal dilancarkan suku keempat tahun ini, dan dijangka menetapkan penanda aras baharu dalam segmen hatchback subkompak tempatan.

BACA >>> Honda Malaysia Perkenal City V-Sensing dengan Pakej Honda Sensing, Harga RM90k!
BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

Berikut perincian mengenai City Hatchback (2022) versi Malaysia:

TRENKUASA

  • Ada dua pilihan trenkuasa: hibrid e:HEV dan petrol konvensional.
  • Varian City Hatchback RS e:HEV akan dipacu trenkuasa hibrid 1.5L Sports i-MMD dengan dua motor elektrik yang menawarkan kuasa 107hp dan tork 253Nm.
  • City Hatchback versi petrol pula dilengkapi trenkuasa aspirasi natural (NA) 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp dan tork 145Nm.

BACA >>> Perodua Buka Tempahan Myvi (2022) Baharu, Harga Mula RM45.7k!

REKABENTUK DAN CIRI

  • City Hatchback RS e:HEV menampilkan beberapa kemasan hitam berkilat pada gril depan, spoiler belakang dan cermin sisi.
  • Mewarisi bentuk eksklusif RS seperti pada bawah gril, kemasan lampu kabus dan bampar belakang yang direka khas untuk versi hatchback. Juga ada difuser bawah bampar belakang.
  • Hanya varian RS e:HEV dan V dipasangkan lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu kabus dan lampu belakang. Bahagian roda menggunakan rim aloi 16 inci.
  • RS e:HEV dan V juga dibekalkan penghidup enjin kawalan jauh (remote engine start), manakala brek parkir elektrik (EPB) hanya diberi untuk RS e:HEV.
  • Hadir dengan kerusi 4-mod Ultra dengan kerusi belakang boleh lipat dalam beberapa konfigurasi.
  • Ada ventilator penyaman udara untuk penumpang belakang.
  • Menawarkan ciri keselamatan terkini seperti Kawalan Jelajah Adaptif  (ACC), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Mitigasi Pergerakan Jalan (RDM), Amaran Keluar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB). Juga dilengkapkan kamera Honda LaneWatch (untuk RS e:HEV dan V sahaja).

BACA >>> Kajian: Satu Daripada Lima Kenderaan Jual Di India Ada Bumbung Suria
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Belakang, Brek Mesti Warna Merah?

Related

937
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda City Hatchback, Honda Malaysia, Pengganti Jazz, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my