• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 5 Perkara Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Dengan Mazda CX-9

5 Perkara Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Dengan Mazda CX-9

November 11, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

735
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

mazda cx-9BERMAZ Motor, pengedar kenderaan Mazda di Malaysia mengesahkan bakal melancarkan model SUV terbaharunya, Mazda CX-9 ke pasaran Malaysia pada Jun 2017.

Selain Mazda CX-3 dan CX-5, kehadiran Mazda CX-9 dilihat melengkapkan barisan model SUV dalam keluarga Mazda.

mazda cx-91. CBU JEPUN

Buat masa ini, Mazda CX-9 akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan Bermaz Motor turut merancang mengeluarkan versi pemasangan tempatan (CKD) sekiranya sambutan diterima memberansangkan.

Bagaimanapun, harga jualan Mazda CX-9 masih belum didedahkan. Kami menjangkakan ia akan dijual pada harga sekitar RM280,000.

mazda cx-92. PRESTASI

Mazda CX-9 bakal didatangkan dalam dua varian iaitu 2WD dan 4WD. Bagaimanapun, kedua-dua varian itu dipadankan dengan 'jantung' sama iaitu 2.5L SKYACTIV Turbo 4-silinder sebaris.

Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan SKYACTIV-DRIVE, ia boleh menghasilkan kuasa sebanyak 228hp pada 5,000rpm dan tork puncak 420Nm (2,000rpm).

BACA>>> PANDU UJI: Mazda CX-3 Memberahikan

mazda cx-9
mazda cx-9

3. LUARAN AWESOME

Sama seperti barisan Mazda lain, model SUV dengan tujuh tempat duduk ini meneruskan kesinambungan teknologi SKYACTIV. Mazda CX-9 berjaya mencetuskan emosi dan keseronokan pemanduan menerusi falsafah ‘KODO Soul of Motion’ yang menggabungkan tiga prinsip asas rekaan; kelajuan, ketegangan dan kehalusan.

Dari hadapan, rekaan gril latar hitam dengan kemasan jalur krom meningkatkan impak anggun dan penuh gaya selain sosok fizikal yang agresif, seksi dan elegan serta dilengkapi teknologi baru.

Bukan saja bahagian hadapan, rekaan belakang turut tampak awesome. Jika perhatikan secara teliti, bahagian belakang nampak seakan Porsche Cayenne.

mazda cx-94. DALAMAN RINGKAS & PADAT

Ruang dalaman masih kekal sama seperti model Mazda lain. Konsol tengah didatangkan bersama sistem audio MZD Connect dengan skrin sesentuh yang memaparkan pelbagai info pemanduan.

Untuk hiburan, ia dilengkapi 12 unit pembesar suara BOSE. Sambil layan lagu Putus Terpaksa nyanyian Ziana Zain, kami yakin ia akan meremangkan bulu roma anda.

Antara ciri lain ialah sistem masuk tanpa kunci, kerusi balutan kulit, kamera undur, sistem penghawa dingin automatik, i-Stop dan i-ELOOP.

BACA>>> PANDU UJI: Mazda CX-5 2.5L (2014)

mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9

5. CIRI KESELAMATAN

Dari aspek keselamatan, Mazda CX-9 menerima pengiktirafan 5-Bintang daripada Australia NCAP. Antara ciri keselamatan dipadankan adalah;

  • Enam beg udara
  • Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC)
  • EBA
  • Smart City Brake Support (SCBS)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Mazda Radar Cruise Control (MRCC)

Rasa tak sabar pula nak pandu uji Mazda CX-9. Harap-harap adalah unit pandu uji nanti. Dapatlah melaram bawa awek pulang ke kampung jumpa bakal mak mertua.

GALERI

mazda-cx-9-5
mazda-cx-9-4
mazda-cx-9-3
mazda-cx-9-2
mazda-cx-9-1
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9
mazda cx-9

Related

735
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: bermaz Motor, CX-9, KODO, Mazda CX-3, Mazda CX-5, Mazda CX-9, skyactiv, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev