• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Nak Curi Parkir, Terlupa Kereta Tak Ada Pedal Brek Sebab Pandu Nissan Kicks

Bukan Nak Curi Parkir, Terlupa Kereta Tak Ada Pedal Brek Sebab Pandu Nissan Kicks

November 8, 2021 By Farah 1 Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH berebut parkir sentiasa berlaku di mana-mana saja, gara-gara pemandu tidak reti hendak sabar.

Kita pun boleh jadi 'panas' pasal hal berebut parkir ini, terutama kalau sudah lama menunggu di tepi atau belakang kereta tertentu. Baru saja hendak parkir, kena cantas pula dengan pemandu tak ada sivik! Sakitnya,  hatiii...

BACA>>>> Terpaksa 'Cucuk' Sebab Perlahan Sangat, Sekali Kena Tengking Drebar 'King'
BACA>>>> 'Bikers Sejati' - Pengantin Jadikan Motosikal Sebagai Hiasan Atas Pelamin

Baru-baru ini, tular video dari Singapura di media sosial mengenai kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Kicks yang mendapat 'balasan' gara-gara berebut parkir dengan kereta hibrid, Toyota Prius.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di satu kediaman bertingkat, bulan lalu dan dirakamkan kamera pemuka (dashcam) sebuah kereta lain.

Dalam video itu, Prius tersebut dilihat sedang mengundur hendak masuk petak parkir, tetapi tiba-tiba muncul sebuah SUV meluncur laju ke petak parkir tersebut hingga terlanggar tembok pengadang di depannya. Impak hentaman depan menyebabkan beg udara SUV itu diaktifkan.

Mungkin sesiapa yang melihat situasi itu akan bercakap, 'hah, padan muka!', tetapi ingat, apa berlaku mungkin ada cerita lain di sebaliknya. Menurut pemilik dashcam, dia sudah berjumpa pemandu Kicks tersebut.

Menurut pemandu Kicks itu, ketika mendaki naik ke aras tempat letak kereta itu, dia cuma nampak parkir kosong dan langsung tidak perasan Prius yang sedang mengundur. Panik melihat Prius itu mengundur, pemandu Kicks tersebut langsung tertekan pedal hingga membuatkan keretanya meluru ke depan dan melanggar tembok.

Malah, pemandu itu juga menjelaskan,  Kicks dipandunya cuma ada satu pedal saja, iaitu untuk bergerak atau memecut.

Jika anda tidak tahu, Kicks ialah SUV elektrik penuh dengan teknologi e-Power dan e-pedal yang menawarkan fungsi '2-dalam-1', iaitu untuk memecut dan membrek. Lebih jelas lagi, jika pemandu mahu berhenti atau memperlahankan kereta, mereka perlu mengangkat kaki dari pedal dan sistem e-Pedal akan diaktifkan automatik.

Konfius le juga e-Pedal ni ye...

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
BACA >>> Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: e-pedal, kereta nissan, Nissan Kicks, tempat parkir

Comments

  1. erol says

    November 9, 2021 at 11:03 PM

    Nissan kick ada dua padel la, padel minyak ada, padel brek pon ada. Kereta ni ada fungsi 'use 1 padel'. Owner tu dah terbisa guna fungsi 1 padal. Buat la kaji selidik dulu, jangan copy & paste cerita orang. Suka2 tulis tajuk tak ada padel brek

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev