• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Volkswagen Mampu Milik Bakal Masuk Asean, Guna Platform Škoda Kushaq

SUV Volkswagen Mampu Milik Bakal Masuk Asean, Guna Platform Škoda Kushaq

November 8, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

940
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DALAM perniagaan automotif, skala ekonomi sangat penting yang menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah syarikat.

Lihat bagaimana Toyota dan sekutu memanfaatkan sesebuah platform, komponen dan trenkuasa. Anda boleh lihat komponen dan trenkuasa sama turut digunakan rakan subsidiari seperti Daihatsu dan Perodua. Bukan setakat komponen, tetapi juga pengetahuan dan pengalaman. Proton misalnya suatu masa lalu memanfaatkan kepakaran Lotus.

BACA >>> Lotus Bina Kilang Di Wuhan, Bakal Hasilkan Model SUV Bermula 2022
BACA >>> Škoda Kodiaq vRS - SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK

Selain Toyota, satu lagi gergasi automotif yang mahir dengan skala ekonomi, iaitu Volkswagen Group.

Menariknya, jenama di bawah Volkswagen Group terdiri daripada pengeluar yang memiliki legasi dan identiti tersendiri. Di bawah entiti korporat itu ada pelbagai syarikat hebat seperti pengeluar supercar syarikat, Lamborghini dan produk kebanyakan Škoda Auto.

Terbaharu, Škoda Auto mendedahkan akan membangunkan Platform Global MQB-AO Volkswagen Group yang bakal digunakan Škoda sendiri dan Volkswagen bagi membangunkan produk aras mula untuk pasaran India, Rusia, Afrika, Amerika Latin dan Asean.

Maknanya pembeli Asean bakal mendapat model baharu yang khas untuk pasaran rantau tersebut. Bagaimanapun, perincian mengenai model dan jenama di bawah Volkswagen Group yang bakal menggunakan platform tersebut belum didedahkan.

Škoda sememangnya sesuai dengan projek tersebut kerana berpengalaman dalam pembuatan kenderaan aras mula. Selain projek itu, Škoda sudah pun diberikan tanggungjawab meneraju pasaran India, Rusia dan Afrika Utara.

skoda-kushaq-1
skoda-kushaq-2

Pada awal Jun tahun ini, Škoda memperkenalkan Kushaq di Pune, India, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana sebagai model pertama berasaskan platform MQB-AO-IN yang diadaptasi ŠKODA untuk pasaran negara Asia Selatan itu.

Kushaq juga dalam rancangan  untuk pasaran negara selain India. Kembar tidak serupa Kushaq pula ialah Volkswagen Taigun yang dikeluarkan fasiliti sama dengan dibina berasaskan platform MQB-AO-IN sama akan digunakan model Violkswagen dan Škoda lain.

Bagi projek Platform Global MQB-A0, Škoda memerlukan kakitangan berkelayakan tinggi, terutama bahagian pembangunan teknikal. Beberapa kakitangan akan dipindahkan dari posisi lain, tetspi majoriti akan direkrut baharu.

Di sebalik perancangan memasuki pasaran Asean, Volkswagen perlu tahu rantau Asia Tenggara ialah kubu kuat pengeluar Asia termasuk jenama nasional seperti Proton dan Perodua.

BACA >>> Škoda Octavia - Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia
BACA >>> Skoda Bangunkan Kancing Tali Keledar Bercahaya
BACA >>> Aksi Perodua Myvi Bantu Tunda Lori Curi Perhatian Netizen

ŠKODA AUTO Volkswagen India Private Limited
ŠKODA Kushaq.01

Related

940
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: MQB-A0, platform MQB-AO, ŠKODA, ŠKODA Auto, ŠKODA Kushaq, Volkswagen Taigun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev