ANEH bukan? Anda boleh memesan trak pikap prestasi Ford Ranger Raptor menerusi pengedar rasmi tetapi bukan untuk model Ford lain seperti Focus dan Fiesta.
Ford sejak beberapa tahun lalu hanya menjual Everest dan Ranger di pasaran tempatan dan situasi sama juga berlaku di negara jiran. Semestinya keputusan itu dibuat berdasarkan rasional perniagaan.
BACA >>> MB Kedah Sudah Bayar Kompaun RM1,500 Langgar SOP
BACA >>> AS 'Tertinggal' 43,000 Ford Ranger, 22,000 Humvee Di Afghanistan
Walaupun bilik pameran Ford sepi tanpa model lain, tetapi tetap meriah dengan pelbagai varian Ranger ditawarkan. Faktanya, Ford memang terkenal sebagai pembuat trak pikap yang boleh dilihat pada dominasi F-150 dalam takhta jualan kenderaan di Amerika Syarikat (AS).
Cuma F-150 bukan trak pikap global, tetapi tugas itu digalas Ranger yang berupaya menyaingi Toyota Hilux, Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton. Ford Ranger T6 di pasaran sekarang pula sudah berusia selepas diperkenalkan sejak 2011. Model itu cuma nampak baharu kerana Ford sentiasa melakukan kemas kini, dan ditambah pula pengenalan Ranger Raptor.
BACA >>> Ford Ranger Thunder - Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm
BACA >>> VelociRaptor 600 - Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!
Selepas lama di pasaran, Ford Motor Company (Ford) mengumumkan Ranger generasi baharu serba baharu akan diperkenalkan pada 24 November ini.
Menurut Ford, pikap baharu itu akan direka dan dihasilkan sebagai Ranger paling versatil, pintar dan berkebolehan kepada peminat seluruh dunia.
Bagi menghasilkan Ranger serba baharu itu, Ford melakukan lebih 5,000 temu bual dan bekerjasama dengan beratus-ratus pemilik trak pikap, termasuk menganjurkan beberapa bengkel di serata dunia. Tujuannya, Ford mahu mengetahui bagaimana pemilik menggunakan trak pikap mereka, apa disukai dan dimahukan, serta mana satukah pengalaman paling penting buat mereka.
Pendekatan mengutamakan pelanggan itu nyata membantu Ford merekabentuk dan menghasilkan Ranger yang dimahukan dan dihargai pelanggan.
Antara dapatan menarik dikongsi Ketua Pereka Ranger, Max Tran, tidak kira di pasaran mana, pelanggan Ford ialah seseorang pembuat (doers) yang gemar menyelesaikan masalah sendiri dan suka untuk merasa yakin dengan kenderaan mereka yang bukan sekadar fungsi, tetapi perasaan ketika memandu.
Selain itu, Ford juga mendakwa Ranger serba baharu nanti bakal menawarkan ekstra keselesaan dan tahap kehalusan lebih tinggi berbanding model terdahulu. Kenyataan ini pasti melegakan kerana era trak pikap yang kasar, pengalaman duduk di belakang yang kurang selesa dan ciri yang serba kekurangan kini sudah pun berlalu.
Aspek premium dan keselesaan perlu diletakkan dalam satu pakej kerana bukan semua pemilik trak pikap memandu kenderaan mereka ke hutan atau meredah jalan off-road.
Setakat penghujung Oktober lalu, Ford memandu uji Ranger serba baharu dengan jarak perbatuan sejauh 10,000km di padang pasir, bersamaan 1,250,000km pemanduan yang dilakukan pelanggan, atau menyamai 625,000km ujian ketahanan off-road dengan kapasiti maksimum.
Menariknya, Ford turut melakukan ujian ekstensif menggunakan simulasi komputer dan simulasi dunia sebenar dalam makmal, membabitkan pelbagai aspek seperti aerodinamik, komponen dan ketahanan struktur.
Pemilik Ranger mengharapkan trak pikap itu nanti dapat dipandu ke mana saja dan ujian ketat perlu dilakukan dan ada yang terlalu berisiko untuk diuji manusia. Jadi, simulasi komputer dan robot digunakan bagi menggantikan manusia, sebagai contoh ujian bunyi dan gegaran dengan bahagian suspensi dan keseluruhan badan kereta diletakkan dalam kitaran 24 jam selama tujuh hari seminggu.
Pelancaran Ranger serba baharu itu juga mengujakan kerana bakal menjadi pesaing langsung kepada pesaing utamanya, Toyota Hilux!.
BACA >>> VelociRaptor 600 - Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!
BACA >>> Ford Ranger Thunder - Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm
Leave a Reply