• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dokumen Daftar Sportbike Yamaha YZF-R15, R15 S Bocor di India

Dokumen Daftar Sportbike Yamaha YZF-R15, R15 S Bocor di India

October 29, 2021 By Shawkath Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BULAN lalu, Yamaha Motor India (Yamaha India) membuat kejutan menerusi pelancaran model generasi keempat YZF-R15, termasuk varian baharu, R15M dan edisi MotoGP.

Kini tular foto dokumen pendaftaran terbaharu pengeluar itu yang mendedahkan Yamaha mahu meluaskan siri sportbike R15 dengan lagi dua varian, iaitu R15 base-spec dan R15 S. Apakah maksudnya?

BACA >>> Yamaha YZF-R15 V4 dan R15 M (2022) Lancar Di India, Harga Mula RM9.5k!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 Tekno dengan Penghidup Biometrik, Guna Pengimbas Cap Jari

Berdasarkan laporan portal permotoran Bike Dekho dan spesifikasi dokumen itu, dua varian R15 baharu itu adalah sama seperti model R15 V3 di India. Mungkin Yamaha India mahu menjenamakan semula R15 V3 menjadi R15 dan varian R15 S pula dipercayai menampilkan pilihan skema warna lebih mahal.

Aspek lain dijangka sama seperti rekabentuk, dan jika diimbau kembali model generasi lama, varian R15 S yang hadir dengan pelana tunggal pernah dijual bersama R15 V2.

Trenkuasa dua varian baharu itu adalah sama dengan menawarkan kuasa 18.3hp. Jadi dua varian baharu itu akan diposisikan di bawah barisan produk generasi keempat, R15 V4. Apapun, kita tunggu perkembangan selepas ini.

BACA >>> Aveta Global Bakal Lancar Kapcai V13R, Pencabar Yamaha 135LC?
BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Bukan Beli Tetapi Polis Cuma Jalankan Ujian Percubaan 5 Unit Kenderaan
BACA >>> Operator Kilang Derma RM17k Hasil Jualan Yamaha RX-Z, Kawasaki RR untuk Palestin

SUMBER: BikeDekho

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Motosikal Sport 150cc, Roda 2, Yamaha Motor India, Yamaha YZF-R15 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev