• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz A-Class 200, AMG Line Sedan CKD Masuk Pasaran, Harga Mula RM210k!

Mercedes-Benz A-Class 200, AMG Line Sedan CKD Masuk Pasaran, Harga Mula RM210k!

October 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) meluaskan portfolio produk pemasangan tempatan (CKD) dengan memperkenalkan varian sedan A-Class terbaharu, hadir dalam dua varian pilihan.

Model sedan yang dikatakan sesuai untuk seisi keluarga itu membabitkan varian A-Class 200 Progresive Line berharga RM210,903 dan A-Class 250 AMG Line pula RM239,858.

A 200
A 200
A 250 AMG Line
A 250 AMG Line

Harga itu sudah mengambil kira pelepasan cukai jualan untuk produk CKD tetapi belum membabitkan kos insurans kenderaan. Harga itu dijangka meningkat pada 1 Januari depan atau sebaik sahaja tamat skim pengecualian cukai SST.

Berikut ialah perincian mengenainya:

A 200
A 200
A 250 AMG Line
A 250 AMG Line
  • Trenkuasa sedan A-Class berbeza mengikut varian iaitu 200 Progressive Line dipacu enjin 4-silinder turbo 1.33 liter, menghasilkan  163hp @ 5,500 rpm dan tork 250Nm dari 1,620-4,000 rpm. Kotak gear jenis automatik 7-kelajuan klac berkembar. Pecutan dari 0-100kmj mengambil masa 8.1 saat, kelajuan maksimum ialah 230kmj.
  • 250 AMG pula menerima kuasa daripada enjin 4-silinder 2.0 liter turbo, meledakkan 224hp @ 5,500rpm dengan tork 350Nm @ 1,800- 4,000rpm. Transmisi digunakan ialah 7-kelajuan automatik DCT. Sedan 250 ini boleh pecut ke 100kmj dalam masa 6.3 saat sebelum kelajuan maksimum 250kmj.
A 200
A 200
A 250 AMG Line
A 250 AMG Line
  • Rekabentuk A-Class kekal anggun tetapi AMG pula memaparkan gaya lebih agresif hasil padanan pakej bampar depan, rim AMG serta skirt sisi. 
  • Sebahagian besar komponen A-Class CKD seakan sama seperti model versi import (CBU), termasuk set lampu depan LED High Performance ciri automatik.
  • Kedua-dua varian menggunakan rim aloi 18 inci tetapi varian tertinggi mendapat rim aloi AMG. 
A 200
A 200
A 250 AMG Line
A 250 AMG Line
  • Kabin A-Class 200 dan 250 turut menerima sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan paparan digital menerusi dua unit skrin 12.3 inci, termasuk instrumen paparan instrumen utama.
  • Pemilik boleh guna arahan suara Hey Mercedes untuk mengawal beberapa fungsi termasuk penyaman udara dan navigasi. Ruang kabin diserikan dengan lampu 64 pilihan warna beserta 10 jenis tema.
  • Ruang kabin A-Class 200 membabitkan gayaan Progressive dan ada trim kemasan seakan gentian karbon dan kerusi depan jenis mewah berbanding 250 dengan gayaan AMG Line beserta roda stereng trim aluminium dan balutan material Nappa. Kerusi sport dipasang untuk varian tertinggi.

BACA >>> MBM Tawar Dua Varian GLA (2021) Versi CKD, Harga Mula RM232k!

A 200
A 200
A 250 AMG Line
A 250 AMG Line
  • Bumbung dalam kabin kedua-dua varian adalah jenis fabrik hitam, penyaman udara Thermotronic, dua pemegang cawan, penyelarasan kerusi secara elektrik dengan memori dan visor matahari.
  • Pakej keselamatan kedua-dua varian merangkumi 7-beg udara termasuk bahagian lutut, posisi PRE-SAFE untuk kerusi barisan depan, sistem pemantauan tekanan angin tayar, sistem penggera, Bantuan Brek Aktif, kamera undur, TIREFIT, kawalan kruise dengan pengehad kelajuan SPEEDTRONIC dan amaran peringatan tali pinggang keledar kerusi barisan belakang.
  • Varian A 250 ada tambahan ciri keselamatan seperti Bantuan Titik Buta dan Bantuan Amaran Keluar kenderaan. 

BACA >>> MBM Lancar Mercedes-AMG E63 S 4Matic+ (2021), Harga Mula RM1.1 j!
BACA >>> Basikal Tiada Loceng Denda RM2k, Guna Lebuh Raya Denda RM5k, Jel Setahun
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Budaya Kereta Jepun yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Kajian: Jualan Kenderaan Baharu Merudum, Pemilik Lebih Suka Guna Kereta Sedia Ada

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: A-Class 200 Progresive Line, A-Class 250 AMG Line, Mercedes-Benz Malaysia (MBM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev