• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Pecah Cermin 13 Kereta Tepi Jalan Rupanya 'Mental'

Lelaki Pecah Cermin 13 Kereta Tepi Jalan Rupanya 'Mental'

October 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang tular kerana memecahkan cermin 13 kenderaan yang diparkir di depan sebuah bank di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor, kelmarin, dimaklumkan polis mengalami masalah mental.

Insiden berlaku sekitar jam 9.30 pagi, suspek berusia 39 tahun itu dirakamkan menggunakan batang besi untuk memecahkan cermin beberapa kereta sekitar bank di situ dan kini sudah ditahan polis.

BACA >>> Untunglah Sweet 18 Dapat Hadiah Hari Jadi Ford Mustang
BACA >>> Kes Hentak Cermin Kereta: Abang Botak Pilih Bayar RM10k

Polis menghantar pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian, dan bertindak merampas batang besi digunakan sebelum menahan suspek.

Hasil siasatan mendapati suspek lelaki tempatan itu tidak bekerja, dan belum berkeluarga. Pemeriksaan awal mendapati suspek mengalami tekanan emosi dan pernah menerima rawatan pesakit mental.

Polis menjelaskan suspek sudah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital sakit jiwa. Rekod juga menunjukkan suspek mempunyai tiga rekod lampau mengenai pengambilan dadah, tetapi ujian air kencing negatif.

Setakat ini polis terima lima laporan daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian akibat insiden berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> Waranti Tak Sah Kalau Tanggal Cermin Sisi
BACA >>> Polis Rampas Camry 'YB Beliau', Pinjam Tak Nak Pulang
BACA >>> Penunggang Mengamuk Hentak Helmet Rupanya Mental

Kenyataan Pecah Cermin Banting - 1
Kenyataan Pecah Cermin Banting - 0

SUMBER: Kosmo! | Polis Daerah Kuala Langat

 

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, Auto Terkini, banting, Jalan Sultan Abdul Samad, Kes Amuk Guna Besi, Lelaki Mental, Masalah Mental, pecah cermin kereta, Roda4, Tekanan Mental, tular, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
    Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev