• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lori Langgar Motosikal dari Belakang, Anak 2 Tahun Maut, Ibu Cedera

Lori Langgar Motosikal dari Belakang, Anak 2 Tahun Maut, Ibu Cedera

October 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBIMBANGAN seorang moyang nyata berasas apabila cicitnya maut apabila motosikal dinaiki bersama ibunya dirempuh lori dari belakang dalam insiden yang berlaku di Jalan Mawai-Kuala Sedili, dekat Kota Tinggi di Johor, 21 Oktober lalu sekitar jam 11.15 pagi.

Mangsa Nurelina Abdullah, 2, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggang ibunya, Nurellisa Mohd Al Bakri, 21, dilanggar lori dari arah belakang. Ibu mangsa mengalami kecederaan.

BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Pemandu Minum Arak Bawah Had Pun Berisiko Sebabkan Nahas Jalan Raya

Pemandu lori dan kelindan, lelaki warga tempatan masing-masing berumur  21 dan 25 tahun, dilaporkan tidak mengalami kecederaan .

Moyang mangsa, Shapiah Osman, 72, kerap mengingatkan Nurellisa supaya sentiasa jaga keselamatan, seperti memakai helmet jika bermotosikal bersama mangsa.

Semasa kejadian, cucu saya bawa anaknya ke kedai untuk beli makanan. Biasanya dia akan minta tolong adiknya, Olivia Maisarah, 15, untuk jaga (Nurelina), tapi hari itu adiknya demam.

“Saya pun tidak tahu dia bawa Nurelina naik motosikal, jika tidak memang saya tidak benarkan. Selama ini pun saya sering pesan supaya jangan bawa anak jika naik motosikal kerana bahaya,” katanya.

Kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Sedili ke Mawai sebelum dilanggar lori jenis Nissan dari arah belakang dari arah sama.

Olivia berkata, kakaknya yang sedang hamil tiga bulan masih tidak tahu mengenai kematian anaknya selepas dinasihatkan doktor menasihati supaya merahsiakan insiden berkenaan buat sementara.

Kakak baru saja seminggu bekerja sebagai penghantar barang. Masa hari kejadian kakak keluar sekejap untuk beli bubur dan rojak, tapi kedai tutup.

“Dia ada ajak saya sekali tapi saya tidak sihat. Tiba-tiba tak lama selepas itu kami dapat berita, dia kemalangan dengan lori bersama anaknya. Keadaan kakak stabil, kandungannya juga selamat dan dirawat di Hospital Sultan Ismail.”

Jenazah Nurelina dikebumikan pada hari sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mawai.

BACA >>> Hati-Hati, Sudah 28 Kes Kemalangan Berlaku di Lokasi Ini Sejak 1 Januari 2021!
BACA >>> Jalan Raya Tertinggi Dunia Kini di India, Bukan Lagi Bolivia
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

SUMBER: Utusan

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: ekzos motosikal Roda2, Hussin Zamora, Nurelina Abdullah, Nurellisa Mohd. Al Bakri, Olivia Maisarah, roda2, Shapiah Osman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev