SCORPIO Electric melancarkan skuter elektrik pertama, X1 secara maya di Facebook dengan mengesahkan model itu akan dibina di Singapura. Tempahan awal sudah dibuka dengan bayaran pendahuluan AS$1,000 (RM4,150), manakala harga penuh AS$9,800 (RM40,680).
Pengasas Scorpio Electric, Melvin Goh berkata, X1 direka dengan mementingkan aspek rekabentuk, prestasi dan teknologi, sekali gus menjadi skuter elektrik pertama dibina di Singapura. Model dua roda itu direka untuk penunggang yang mahu mobiliti bersih dan tenaga mampan.
BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025
Berikut apa menarik tentang X1:
- Lampu utama LED direka unik bersama garis badan yang bersih dan futuristik bercirikan malar segar. Lampu belakang berbentuk tirus dan panjang.
- Trenkuasa elektrik dipasangkan dalam swingarm sebelah yang menghubungkan hab roda belakang.
- Mampu mencapai kelajuan maksimum 105kmj, manakala anggaran jarak tunggangan 200km setiap kali cas.
BACA >>> Kajian: Satu Pertiga Penunggang UK Tidak Mahu Motosikal Elektrik
- Ada aplikasi pintar menerusi sambungan Bluetooth untuk memaparkan status semasa seperti bateri dan jarak tunggangan.
- Skuter boleh dihidupkan dan dikunci menggunakan telefon pintar.
- Aplikasi mobil juga memberikan maklumat mengenai stesen cas terdekat dan ada fungsi penggera.
- Mampu mengumpul data analisis untuk ramalan sistem kepintaran buatan (AI).
- Buat masa ini, skuter perlu dicas di stesen cas. Pek bateri digunakan adalah jenis terbina dalam (built-in) selepas mengambil kira aspek pretasi.
- Scorpio Electric kini merancang memperkenalkan alat pengecas untuk dipasangkan di rumah.
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?
BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> BMW Concept CE 02 - Idea Motosikal Elektrik Mini untuk Remaja Bandar?
SUMBER: FB Scorpio Electric
Leave a Reply