HONDA Africa Twin pernah mendominasi sukan perlumbaan ekstrem Rali Paris-Dakar 1987 sebelum kemunculan jentera rali seperti Cagiva Elefant 900 atau Yamaha Tenere 700.
Bagaimanapun, ramai peminat masih kurang tahu bahawa Honda di Jepun pernah meraikan kejayaan itu dengan pengenalan kit pilihan istimewa untuk model Monkey Z50 sekitar lewat tahun 1980-an.
BACA >>> #BikinMotor: Honda Monkey 125 Paris Dakar dengan 24 Aksesori
BACA >>> Thailand Lancar Honda Monkey Dragon Ball Limited Edition, Cuma 100 Unit Seluruh Dunia
Itu adalah permulaan kepada kewujudkan Honda Monkey Africa yang juga dipanggil Monkey Africa Twin. Kit lengkap itu cuma dijual di Jepun yang mengubah imej Monkey kelihatan seperti model rali saiz kerdil.
Pada ketika itu, kit lengkap itu dijual lebih 108,000 yen (RM3,943) dan hanya sebilangan unit berjaya dijual. Maknanya, ada unit amat terhad untuk varian Honda Monkey Africa dan kini berstatus rare.
BACA >>> Honda Africa Twin CRF1100L (2020) dengan Enjin Lebih Berkuasa, Pengendalian Mantap
BACA >>> Honda Africa Twin Akan Ada Ciri Kawalan Jelajah
Baru-baru ini, firma lelongan Bonhams berjaya menjual salah satu unit Honda Monkey Africa pada harga lelongan setinggi 19,950 euro (RM96,532).
Berdasarkan laporan, motosikal mini berkapasiti 49cc keluaran tahun 1992 itu pernah ditunggang sejauh 2,742km (berdasarkan maklumat pada odometer) dan didaftarkan di Belgium.
BACA >>> 10 Fakta Pantas Tentang Honda Monkey (2019) dengan Rupa Retro dan Ciri Moden
Unit itu sebenarnya sudah menjalani proses restorasi dan nampak juga nampak terpelihara berdasarkan foto yang dimuat naik di laman Bonhams. Tiada maklumat didedahkan mengenai trenkuasa motosikal mini itu.
BACA >>> Projek Motosikal Mini Elektrik Honda Guna Kamera Sebagai Pengganti Cermin Sisi
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Tip Mudah Hilangkan Calar, Retak Panel Meter Motosikal
BACA >>> #ApaNakBuat: Apa Perlu Buat Jika Rotor Brek Karat?
SUMBER: Bonhams | Soymontero
Leave a Reply