• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Honda BR-V (2022) Guna Tayar Bridgestone Turanza T005A, Macam Perodua Ativa?

Honda BR-V (2022) Guna Tayar Bridgestone Turanza T005A, Macam Perodua Ativa?

October 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PT Bridgestone Tire Indonesia (Bridgestone Indonesia) mengumumkan bahawa tayar perdana keluarannya Turanza T005A dipilih sebagai tayar pengilang asli (OE) untuk kegunaan model Honda BR-V (2022). 

Honda melancarkan crossover 7-tempat duduk itu pada 21 September lalu di Indonesia yang tampil dengan rekabentuk serba baharu dengan empat varian pilihan serta teknologi bantuan keselamatan pemandu, Honda Sensing (untuk varian tertinggi).

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya
BACA >>> Kekurangan Bahan Mentah, Harga Tayar Baharu Naik?

Bridgestone Turanza T005A dikategorikan sebagai sebuah produk premium berkualiti tinggi keluaran Bridgestone Indonesia yang dicipta menggunakan beberapa teknologi termaju pengeluar tayar tersebut.

Misi utama tayar itu adalah untuk menyokong prestasi utnuk Honda BR-V baharu agar perjalanan lebih senyap, selesa dan selamat.

honda-brv-2022-indonesia-3
honda-brv-2022-indonesia-2

BACA >>> Honda BR-V (2022) Serba Baharu, Canggih Lancar di Indonesia, Ada Honda SENSING
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kedalaman Bunga Tayar Sangat Penting?

Pengarah Jualan dan Pemasaran Bridgestone Indonesia, Bangun Istyaji berkata:

”Kami amat berbangga Honda memberi kepercayaan sekali lagi iaitu kali kedua tahun ini. Sebelum ini, produk Bridgestone juga digunakan pada model Honda City Hatchback RS sebagai komponen pengilang asli.

“Kami percaya Bridgestone Turanza T005A pasti amat sesuai untuk pengguna model Honda BR-V serba baharu disebabkan sifatnya, kurang bunyi bising dan menjadikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan.”

Bridgestone Turanza T005A yang dipasang pada Honda BR-V di Indonesia adalah berukuran 215/55 R17 94V.

Sekadar perkongsian, model kenderaan utiliti sukan kompak Perodua Ativa di Malaysia juga menggunakan tayar Bridgestone Turanza T005A dan bergantung kepada varian.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?

Berikut ialah dua jenama tayar popular mengikut varian Perodua Ativa:

  • Varian X: 16 inci, tayar Goodyear Assurance Triplemax 2, 205/65
  • Varian H dan AV: 17 inci, tayar Bridgestone Turanza T005A 94H,  205/60

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bukan Myvi, Tetapi Banyak Tayar Lori, Treler Tercabut?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> Tayar Import Banyak Sangat, AS Nekad Pertahan Produk Tempatan

SUMBER: Motor1

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Bridgestone Turanza T005A, Honda BR-V 2022, Honda City Hatchback RS, Perodua Ativa, Roda4, Tayar Bridgestone Turanza T005A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev