• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

October 24, 2021 By Wahid Leave a Comment

961
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo sah dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP 2021 pada pusingan perlumbaan di Misano, Itali sebentar tadi walaupun gagal memijak podium.

Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) turun beraksi dalam pusingan ketiga terakhir musim ini dengan mengumpul 52 mata di atas pelumba Ducati Team, Francesco Bagnaia. Ada maksimum 75 mata untuk direbut  bagi baki perlawanan yang tinggal.

BACA >>> Kemenangan 'Back to Back'! Bagnaia Kuasai GP Itali, Quartararo Jarakkan Jurang
BACA >>> Marquez Tunai Janji Makan Donat Atas Podium Selepas Menang GP Amerika

Ini bermakna, Bagnaia perlu menang setiap baki pusingan perlumbaan sambil mengharapkan Quartararo meraih kurang mata ataupun tersingkir. Posisi Bagnaia nampak seperti mengikut dirancang apabila pelumba itu berjaya menempatkan diri pada petak mula (pole position), manakala Quartararo terpaksa berhempas-pulas atas trek basah dengan menamatkan pusingan kelayakan di petak ke-15.

Bagnaia memulakan perlumbaan dengan baik dan berada di kelompok pelumba depan. Rakan pasukannya, Jack Miller kemudian dipintas Miguel Oliveira (Red Bull KTM Factory Racing) sebelum dapat dipintas semula untuk merampas kembali posisi kedua di Turn 4.

Bagaimanapun, Marc Marquez (Repsol Honda) memecut laju dan dapat memotong Oliveira di Turn-8.

Segalanya lancar seperti dirancang buat Bagnaia apabila Miller memainkan peranan menyekat kemaraan Marquez. Malangnya, Miller pula terjatuh pada pusingan ke-4, sekali gus membolehkan Marquez menghampiri pelumba Ducati itu.

Pada masa sama, Quartararo mula memintas beberapa pelumba dan berada dalam kelompok 10 terbaik di belakang Alex Rins (Suzuki Ecstar). Pada posisi itu, jurang mata Quartararo dikurangkan kepada 21 mata.

Namun, Quartararo mula mengorak langkah untuk mara ke depan. Malang menimpa Jorge Martin (Pramac Rading) di lap ke-13, sekali gus meletakkan dia dalam kelompok pelumba ke-5 hingga 9. Marquez kekal di depan.

Apabila perlumbaan tinggal 10 pusingan lagi, Quartararo mula memintas semua pelumba di depannya untuk menduduki tempat kelima. Sekarang cuma tinggal empat lawan di atasnya, iaitu Bagnaia, Marquez, Pol Espargaro, dan Oliveira.

Bagnaia mula menunggang lebih laju dengan mencatatkan masa lap lebih baik untuk menjarakkan diri dari Marquez supaya tidak diasak saat terakhir. Malang tidak berbau, di lap ke-23, tayar depan Bagnaia tergelincir di Turn 15, yang juga menyaksikan ramai pelumba terjatuh hujung minggu ini.

Kamera pit menunjukkan pengurus Ducati Team, Davide Tardozzi tersungkur di atas mukanya dan ini membuatkan padok Yamaha melompat keriangan.

Pada masa itulah Quartararo, 22, dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP 2021.

Penamat Perlumbaan

Marquez melintasi garis penamat sebagai pemenang perlumbaan di GP Itali, disusuli rakan pasukan, Pol Espargaro. Oliveira yang menduduki tempat ketiga tiba-tiba hilang daripada senarai pelumba, dan Quatararo pula berada di kedudukan berkenaan.

Pelumba Itali, yang juga anak didik Valentino Rossi, Enea Bastianini tiba-tiba muncul mengasak Quartararo pada lap akhir sebelum berjaya memintas.

BACA >>> Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan

Perlumbaan yang Penuh Drama dan Emosi

Pusingan di Itali adalah perlumbaan terakhir di laman sendiri buat lgenda MotoGP, Rossi. Kelihatan ribuan peminat The Doctor membanjiri litar Misano dan mengibarkan bendera kuning di setiap kerusi trek. Sebagai menghargai kesetiaan peminatnya, Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

BACA >>> Rossi Tak Tentu Arah Tunggu Pusingan Akhir MotoGP 2021, Belum Sedia Nak Bersara

KEPUTUSAN PERLUMBAAN MOTOGP EMILIA ROMAGNA MOTOGP, MISANO 2021

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) 41m 52.83s
  2. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +4.859s
  3. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +12.013s
  4. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +12.775s
  5. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +16.458s
  6. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +17.669s
  7. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +18.468s
  8. Maverick Viñales SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +18.607s
  9. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +25.417s
  10. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +27.735s
  11. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +27.879s
  12. Michele Pirro ITA Ducati Team (GP21) +28.137s
  13. Andrea Dovizioso ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +41.413s
  14. Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +42.830s
  15. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +22.462s
  • Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) DNF
  • Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21)* DNF
  • Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) DNF
  • Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) DNF
  • Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) DNF
  • Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) DNF
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF

Related

961
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, Francesco Bagnaia, GP Itali, GP Misano, Kejuaraan Dunia MotoGP 2021, Marc Marquez, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev