• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Zeekr 001 Mula Keluar Kilang, Unit Pertama Akan Dihantar Kepada Pelanggan Esok

Zeekr 001 Mula Keluar Kilang, Unit Pertama Akan Dihantar Kepada Pelanggan Esok

October 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

911
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JENAMA kenderaan elektrik premium Geely, Zeekr sudah memulakan produksi model pertama iaitu versi hatchback 001 di kilang pengeluaran baharu di Ningbo, China.

Berdasarkan laporan, kereta pertama untuk pelanggan siap dibina pada Selasa lalu dan akan dihantar kepada pelanggan esok. Model 001 pernah dipertonton pada April lalu semasa Pameran Auto Shanghai 2021.

BACA >>> Zeekr 001 Lancar di China, Berkuasa 536hp, Sekali Cas Boleh Pandu 700km!

zeekr 001 1
zeekr 001 4

Zeekr 001 dihasilkan menggunakan platform modular kenderaan elektrik (EV) Arkitektur Pengalaman Lestari (Sustainable Experience Architecture), iaitu platform sama yang bakal digunakan kebanyakan model kereta elektrik Geely masa depan termasuk Volvo, Polestar dan Smart.

Geely ada membuat beberapa pembaharuan pada model Zeekr 001 selepas sesi debut di Shanghai. Kereta EV versi produksi itu menggunakan bateri 100kWh dan trenkuasa dwi-motor, menawarkan kuasa 536hp dan tork 767Nm.

BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

zeekr 001 11
zeekr 001 6

Geely menyatakan Zeekr 001 mampu memecut hingga 100kmj dalam masa 3.8 saat dan pek bateri boleh dicas semula dari 10 hingga 80 peratus kurang daripada 30 minit.

Model 001 hadir dengan pakej bantuan pemanduan yang dipanggil  Zeekr Assisted Drive dan boleh dikemas kini perisian secara Over-the-Air. Beberapa ciri bantuan pemadu termaju akan ditambah tidak lama lagi.

BACA >>> Geely Perkenal Emgrand (2022), Pengganti Paling Ideal untuk Proton Persona?

zeekr 001 14
zeekr 001 13

Rangkaian produk Zeekr akan diluaskan dengan anggaran enam model baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang. Sasaran jualan jenama itu ialah 650,000 unit setahun menjelang 2025.

Buat masa ini, jenama itu hanya dijual di pasaran China tetapi Geely pernah memberi bayangan untuk meluaskan tawaran produk hingga ke Eropah dalam beberapa tahun lagi.

BACA >>> Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi...

zeekr 001 10
zeekr 001 9
zeekr 001 7
zeekr 001 6
zeekr 001 5
zeekr 001 8
zeekr 001 13
zeekr 001 12
zeekr 001 14
Zeekr 001
zeekr 001 3
zeekr 001 2
zeekr 001 1
zeekr 001 4

SUMBER: MotorAuthority

Related

911
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Geely, Over-the-Air, Proton Zeekr, Zeekr, Zeekr 001 Elektrik (2021), Zeekr Assisted Drive

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev