• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

October 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

881
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR motosikal China, CFMoto berkongsi model konsep motosikal super sport terbaharu, SC-C21 (2022) yang nampak memiliki desain seakan kombinasi beberapa produk Eropah.

Antaranya, frem trellis dan tangki minyak Ducati Monster, sirip sisi MV Agusta dan beberapa komponen seperti swingarm sebelah dan lampu utama daripada KTM yang juga sebahagian kumpulan CFMoto.

BACA >>> Swingarm Sebelah - Apa Beza dengan Swingarm Biasa?

Sebenarnya, SC-C21 adalah hasil kolaborasi dengan firma rekaan yang terlibat dalam projek 700 CL-X iaitu Modena 40 di Rimini, Itali. Setakat ini, belum ada maklumat mengenai data dan trenkuasa digunakan model konsep itu.

Berdasarkan foto dikongsi, motosikal itu memaparkan desain maskular dengan lampu LED seperti sesunggut semut pada panel depan dan mempunyai sepasang winglet. Visor angin depan pula nampaknya memiliki garis sendiri yang berbeza dengan kebanyakan sportbike dalam pasaran.

BACA >>> CFMoto Persiap Sportbike 250SR-R Baharu dengan Swingarm Sebelah, Winglet

Desain lampu LED belakang juga jenis berkembar tetapi berlengkung dari atas ke bawah. Swingarm sebelah itu bersambung kepada sistem penyerap hentak tunggal manakala fork depan terbalik adalah jenis Ohlins.

Kedua-dua rim enam batang jejari balutan tayar Pirelli Supercorsa turut dilengkapi set brek cakera dengan kaliper Brembo Stylema. Sistem ekzos berkembar adalah jenis SC Project seperti digunakan jentera MotoGP. 

BACA >>> Ayah yang Pasang Ekzos Bising, Saya Pinjam Saja

CFMoto SR-C21 - 3
CFMoto SR-C21 - 0
CFMoto SR-C21 - 1
CFMoto SR-C21 - 2

Memandangkan CFMoto dan KTM ada kerjasama strategik, ada kemungkinan motosikal konsep itu dipasang enjin 2-silinder atau trenkuasa 799cc LC8 yang turut digunakan pada MT800. 

Ada juga laporan menyatakan trenkuasa V-Twin 1250 TR-G berpotensi digunakan dengan talaan baharu. Bagaimanapun, ia agak sukar jika dilihat pada sudut strategi pengurangan berat.

BACA >>> CFMoto MT800 (2021) - Model Advencer Enjin KTM, Spesifikasi Penuh Masih Rahsia
BACA >>> UK Lancar KTM 1290 Super Adventure R (2021), Harga RM94k
BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini di Malaysia dengan Harga Istimewa Terhad RM69.9k Sahaja!

SUMBER: Motociclismo

Related

881
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CFMoto SC-C21 (2022), Modena 40, roda2, SC-C21 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev