• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Swingarm Sebelah - Apa Beza dengan Swingarm Biasa?

Swingarm Sebelah - Apa Beza dengan Swingarm Biasa?

August 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

815
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SWINGARM, atau dipanggil lengan ayun ialah komponen bersambung dengan frem motosikal yang menggalas banyak tugas pada satu-satu masa ketika menunggang. Ia juga komponen yang perlu diberikan perhatian jika mahu mengubah suai atau menukar spesifikasi asal kepada unit aftermarket.

Fungsi swingarm adalah menyokong kestabilan motosikal ketika kuasa enjin dihantar ke roda belakang dengan membantu, menstabilkan dan menampung berat jentera, selain membantu daya traksi roda belakang dan menyerap getaran ketika melalui menempuh permukaan jalan tidak rata.

Secara am, ada dua bentuk swingarm iaitu jenis kembar dan sebelah, atau tunggal (single arm). Kebanyakan motosikal dijual di pasaran menggunakan swingarm kembar.

Pengeluar biasanya memilih swingarm kembar untuk motosikal biasa dalam pasaran massa disebabkan struktur binaan ringkas, mudah dihasilkan, kos lebih rendah dan efektif . Swingarm sebelah pula dipasang pada model premium.

Kenapa? Ini penjelasannya:

Kebaikan Swingarm Sebelah

  • Komponen ini nampak lebih kemas, bersih dan tidak serabut. Fungsinya sama seperti swingarm kembar tetapi ada kelebihan tersendiri.
  • Kelebihannya, proses menanggal tayar belakang dapat dibuat dengan lebih cepat dan mudah berbanding swingarm kembar. Longgarkan beberapa nat atau nat utama, roda sudah boleh ditarik keluar. Proses memasang semula juga lebih cepat.
  • Maksudnya, kita tidak lagi perlu membuka nat utama, cuma longgarkan penyambung hab brek (brek dram), turunkan sproket dan rantai, serta condongkan motosikal untuk menarik keluar roda dari swingarm. Semua langkah ini mungkin berbeza mengikut jenis motosikal. 

Keburukan Swingarm Sebelah

  • Komponen ini ada kelemahan kerana perlu menampung berat motosikal dan daya beban dua kali lebih tinggi berbanding swingarm berkembar. 
  • Proses pembuatan memerlukan aspek kejuruteraan tinggi dan melalui proses yang lebih sukar dan kompleks.
  • Perlu menggunakan bahan binaan ketahanan tinggi dan ini menyebabkan kos pembuatan naik serta berharga mahal.

Bagaimanapun, sifat eksklusif swingarm sebelah pada motosikal premium bakal berakhir kerana ada pengeluar dari China menawarkan komponen itu pada motosikal mampu milik, misalnya Zontes.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MX King 150 dengan Kepala Aerox dan Swingarm KTM
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Exciter 150 dengan Swingarm Sebelah, Rim Sport Ninja H2

SUMBER: MCN

 

Artikel Berkaitan

815
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: komponen swingarm, lengan ayun tunggal, swingarm, swingarm sebelah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
    Motosikal Elektrik Sur-Ron Kini Sah Ditunggang di Jalan Raya UK, Harga Mula RM27.3k!
  • #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
    #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
  • Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
    Espargaro: "Patut Haramkan Je Marquez Satu Race"
  • Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'
    Baru Tiga Tahun Sudah Pandai Pandu Ferrari SF90, Siap Buat Aksi 'Donat'

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my