• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Thailand Lancar Warna Baharu Skuter Premium PCX 160, Harga Mula RM10k!

Honda Thailand Lancar Warna Baharu Skuter Premium PCX 160, Harga Mula RM10k!

October 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA PCX 160 yang dilancarkan di Thailand pada awal tahun in dianggap sebagai antara produk skuter keluaran pengeluar Jepun dengan desain cukup menarik dan premium.

Bagaimanapun, Honda Thailand tidak menunggu lama untuk memperbaharui imej skuter tersebut dengan mengemas kini skim warna agar terus menarik hati bakal pembeli. Ada dua versi PCX 160 dijual di Thailand iaitu versi standard dan ABS.

BACA >>> Honda ADV 350 Bakal Tiba, Thailand Jadi Hab Pengeluaran?
BACA >>> Honda Vietnam Umum Ketibaan Siri Air Blade Edisi Khas, Harga Mula RM7.7k!

VARIAN HONDA PCX 160

Versi Standard
Honda PCX 160 2021 - 10
honda-logo-wing
Honda PCX 160 2021 - 8
Honda PCX 160 2021 - 9
  • Menggunakan sistem brek cakera pada roda depan dan brek dram (belakang) beserta tekonologi Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Warna pilihan baharu iaitu biru hitam yang menyertai skim warna sedia ada putih hitam dan serba hitam.
  • Harga disyorkan bermula: 86,900 baht (RM10,805).
Versi ABS
Honda PCX 160 2021 - 7
Honda PCX 160 2021 - 6
  • Varian tertinggi pula lengkap dengan cakera tunggal pada kedua roda dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Honda PCX 160 ABS hadir dengan warna pilihan baharu iaitu Matte Red (merah kusam dan hitam) dan Matte Grey (kelabu hitam) dengan logo PCX krom hitam.
  • Harga disyorkan bermula: 92,900 baht (RM11,551).

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

SPESIFIKASI

  • Enjin 4-lejang 4-injap eSP+ berkapasiti 156cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.5hp @ 8,500rpm dan tork 15Nm @ 6,500rpm.
  • Transmisi jenis automatik V-matic dengan sistem klac kering sentrifugal. Memiliki ciri enjin henti-lahu (idling-stop) untuk mematikan enjin secara automatik ketika berhenti di lampu isyarat, dan diaktifkan semula apabila terotel dipulas.

BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?

Honda PCX 160 2021 - 1
Honda PCX 160 2021 - 5
  • Brek cakera belakang dilengkapi sistem kawalan traksi HSTC untuk mengelak masalah tayar menggelincir dan hilang kestabilan ketika menunggang (varian ABS).
  • Sistem lampu jenis LED penuh untuk lampu utama, signal belok dan lampu belakang. Ada ciri lampu kecemasan.
  • Instrumen meter jenis LCD latar negatif digital penuh dengan paparan maklumat lebih besar dan mudah dibaca.

BACA >>> Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

Honda PCX 160 2021 - 3
Honda PCX 160 2021 - 4
  • Menggunakan kunci pintar SMART Key sebagai standard berserta suis SMART Controller yang berfungsi menghidupkan dan mematikan enjin semudah memutarkan suis bentuk tombol. Ada butang buka tangki minyak dan storan bawah pelana.
  • Storan bawah pelana seluas 30 liter dan mampu menyimpan satu helmet muka penuh atau dua helmet muka separa. Ada soket powerbank jenis sambungan USB Type-C.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?
BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

SUMBER : Honda Thailand 

Related

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda PCX 160 Thailand, Honda PCX 2021, roda2, Skuter 160cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev