• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan

Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan

October 18, 2021 By Wahid Leave a Comment

494
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Automobil Amerika (AAA) mendapati sistem bantuan pemandu kereta mengalami masalah dalam cuaca buruk seperti hujan lebat dan seumpamanya.

AAA sudah melakukan kajian terhadap sistem bantuan pemandu pada beberapa jenis kenderaan di Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa situasi cuaca. Hasilnya, tiada sistem yang menyebabkan kemalangan apabila dipandu dalam cuaca baik.

BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta

Bagaimanapun, apabila melakukan simulasi hujan, 17 peratus daripada ujian dilakukan terhadap kereta yang dipandu dalam halaju 40kmj berakhir dengan pelanggaran, manakala 33 peratus daripada ujian kenderaan dipandu dalam halaju 60kmj mengalami perlanggaran.

AAA juga mendapati teknologi kekal lorong (lane keeping) memberikan angka lebih buruk yang mana kereta dipandu didapati melencong melepasi lorong jalan sebanyak 69 peratus ketika hujan berbanding cuma 37 peratus dalam cuaca cerah.

Namun semua simulasi hujan itu hanya dijalankan secara memancurkan air dari atas, yang mana jalan masih agak kering. AAA mendakwa keputusan ujian berkemungkinan besar jadi lebih buruk jika dilakukan atas jalan raya dalam kondisi cuaca sebenar.

Situasi itu berlaku kerana teknologi tersebut berfungsi berdasarkan bantuan beberapa jenis sensor kamera dan radar untuk berfungsi. Apabila hujan misalnya, objek seperti kenderaan depan dan garis jalan berisiko terjejas akibat titisan air, dan sisa jalanan yang melekat pada lensa sensor atau radar.

BACA >>> Kajian: Ramai Pemandu Masih Ragu-Ragu dengan Sistem Pemusatan Lorong (LCS)

Sensor bantuan pemandu boleh terjejas jika memandu dalam cuaca buruk.

Situasi seperti itulah yang menyebabkan sistem bantuan pemandu sukar mengesan objek berbahaya, malah turut membahayakan pengguna seperti pejalan kaki dan kenderaan kecil lain.

Justeru AAA mengesyorkan pemandu kereta meggunakan akal budi (common sense) dan kesedaran diri berbanding bergantung sepenuhnya kepada teknologi baharu masa kini yang masih memerlukan banyak isu perlu diperhalusi.

BACA >>> Honda Tingkatkan Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360

Related

494
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AAA, Auto Terkini, Driver Assistance System, kajian, Persatuan Automobil Amerika (AAA), Sistem Bantuan Pemandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my