• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Ramai Pemandu Masih Ragu-Ragu dengan Sistem Pemusatan Lorong (LCS)

Kajian: Ramai Pemandu Masih Ragu-Ragu dengan Sistem Pemusatan Lorong (LCS)

October 14, 2019 By AO Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM Pemusatan Lorong (Lane Centering System, LCS) adalah antara teknologi bantuan pemandu yang dilengkapkan pada kereta moden hari ini.

Berbeza teknologi Sistem Kekal Lorong (Lane Keeping System, LKS) atau Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist, LKA) yang sekadar mengeluarkan amaran visual atau bunyi, atau membuatkan stereng bergetar seperti Amaran Lencong (Lane Departure Warning, LDW), tetapi LCS sedikit lebih maju, iaitu berfungsi mengekalkan posisi kenderaan dalam lorong jalan yang betul dengan mengambil alih respon stereng secara automatik.

Ia berfungsi bersama Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC) dengan menggunakan sensor berpandukan garisan jalan, sekali gus memberikan masa beberapa saat tanpa perlu campur tangan pemandu. Teknologi ini termasuk dalam kategori teknologi autonomi tahap 2.

BACA >>> Kajian: Sut Menunggang Cuma Berkesan Elak Luka Calar, Bukan Direka untuk Impak

Namun, kajian terbaharu dilakukan Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) mendapati ramai pemandu tidak yakin dengan keberkesanan sistem tersebut. Hasil kajian itu datang seminggu selepas Persatuan Automobil Amerika (AAA) mendedahkan keputusan kajian dilakukan pertubuhan tersebut yang menunjukkan sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) gagal berfungsi dengan konsisten, malah lebih teruk ketika memandu malam.

Kajian IIHS itu, yang melibatkan 20 peserta, menguji fungsi LCS pada model kereta seperti Tesla Model S (2016), BMW 530i (2017), Mercedes-Benz E300 (2017), Volvo S90 (2018), dan Infiniti QX50 (2019).

Peserta dmiminta memandu kereta tersebut di jalan raya pedalaman dan lebuh raya. Walaupun masing-masing tahu yang teknologi LCS bekerja dengan baik di lebuh raya, tetapi sebahagian besar pemandu masih ragu-ragu tentang kemampuan kereta mereka mengesan garis jalan atau kenderaan berhenti secara konsisten.

BACA >>> Kajian: Beg Udara Lutut Tidak Banyak Beri Perlindungan Kecederaan Kaki - IIHS

Bagaimanapun, kajian juga mendapati pemandu sama lebih percayakan sistemACC yang membantu mereka kekal dalam jarak selamat dan termasuk mengekalkan halaju dengan kenderaan di depan.

iihs-logo
ian-reagen-iihs

Saintis Penyelidikan Kanan IIHS, Ian Reagan (foto atas) berkata, berdasarkan hasil kajian ke atas semua kenderaan yang diuji, pemandu nampaknya lebih percayakan kemampuan sistem automatik seperti ACC untuk mengekalkan halaju dan jarak selamat dari kenderaan depan berbanding kemampuan menjaga keselamatan mereka dalam lorong jalan yang betul.

Kajian juga merekodkan usia kenderaan kerana teknologi seumpama itu semakin ditambah baik saban tahun. Sasaran kajian adalah mencari kaitan antara penerimaan sistem automatik dan persepsi pemandu tentang bagaimana sesuatu teknologi berfungsi.

Menurut IIHS, kunci utama yang diperoleh daripada hasil kajian itu adalah sebelum sesuatu teknologi automatik mampu membuatkan pemanduan lebih selamat, pengguna perlu menerima dulu teknologi tersebut dan menggunakannya dengan betul.

BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas

SUMBER: Carmudi

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Ian Reagan, IIHS, Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), kajian, Lane Centering System (LCS), Sistem Bantuan Pemandu, Sistem Pemusatan Lorong (LCS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my