• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Jepun Tawar Konsep Langganan Kenderaan Secara Online, Ada 4 Model Pilihan

Honda Jepun Tawar Konsep Langganan Kenderaan Secara Online, Ada 4 Model Pilihan

October 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

398
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA menjadi pengeluar automotif pertama membuat tawaran servis jualan kenderaan secara online di pasaran Jepun. Sebagai permulaan, servis dipanggil Honda ON kini ditawarkan kepada penduduk di Tokyo.

Pelanggan diberi satu langganan kenderaan secara kontrak dan mereka boleh melengkapkan semua proses itu secara atas talian bermula dengan rundingan hingga ke peringkat tanda tangan kontrak.  Honda ON akan diluaskan tawaran ke seluruh negara tidak lama lagi.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Tawar Program Hantar Kereta Baharu ke Rumah Pelanggan

2021-Honda-Vezel-HR-V-Access-154 copy
2021-Honda-Freed-Modulo-X-JDM-spec-1

Berdasarkan laporan, pelanggan diberi dua pilihan tempoh kontrak sama ada tiga atau lima tahun untuk beberapa model seperti N-Box, Fit, Freed atau Vezel (HR-V).

Mereka perlu membuat bayaran yuran bulanan yang termasuk kos penyelenggaraan kenderaan dan selepas itu, Honda akan menawarkan opsyen kepada pelanggan untuk membeli kenderaan itu selepas kontrak langganan tamat.

Pelanggan yang menggunakan servis itu juga boleh memilik mana-mana rangkaian pengedar untuk menerima kiriman kenderaan dan lokasi servis penyelenggaraan dijalankan.

Harga langganan bulanan termasuk cukai adalah seperti berikut:

  • N-Box: 31,060 yen (RM1,149)  
  • Fit: 42,550 yen (RM1,574)
  • Freed: 48,850 yen (RM1,807)
  • Vezel: 48,460 yen (RM1,792)

Selain itu, pelanggan boleh membuat janji temu pandu uji menerusi servis Honda ON sebelum membuat langganan kenderaan.

BACA >>> Jualan Toyota Merosot Teruk, Tetapi Masih Nombor Satu di Indonesia
BACA >>> Suzuki Jimny Baharu Kini di Malaysia, Harga RM168k!
BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> #ApaNakBuat: Bilakah Patut Nyalakan Lampu Signal Belok di Bulatan?

SUMBER: Carscoops

Related

398
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda Japan, Honda ON, Konsep Beli Kereta di Jepun, Langganan Kenderaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev