• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TERKINI!!! Dah Boleh Rentas Negeri 12:01 Tengah Malam Ini

TERKINI!!! Dah Boleh Rentas Negeri 12:01 Tengah Malam Ini

October 10, 2021 By Azhan O Leave a Comment

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan  kebenaran merentas negeri secara serentak seluruh negara bermula esok berikutan jumlah populasi dewasa menerima dua dos vaksin mencapai 90 peratus.

Ini bermakna, rakyat Malaysia sudah boleh melakukan aktiviti merentas negeri tanpa sebarang sekatan jalan raya (SJR) bermula 12:01 tengah malam ini.

Bagaimanapun, kebenaran rentas negeri diberikan kepada mereka yang sudah lengkap mengambil dua dos vaksin, dan pihak polis bebas melakukan pemeriksaan sijil digital vaksinasi secara rawak pada bila-bila masa seperti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyeru rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) biasa seperti melakukan penjarakan sosial, mencuci tangan dan memakai pelitup muka. Baliau turut menasihatkan ibu bapa tidak membawa anak ke kawasan orang ramai kerana vaksin untuk golongan berkenaan masih dalam proses.

Ismail Sabri turut menyatakan Kerajaan tidak akan lagi mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini walaupun berlaku kenaikan kes Covid-19. Sebaliknya perintah kuarantin akan diadakan secara lokaliti dan bukan lagi mengikut mukim, atau daerah.

Misalnya, sekiranya berlaku kenaikan kes di sebuah hotel di Langkawi, cuma hotel tersebut akan dikuarantin dan bukan seluruh Langkawi, manakala penduduk sekeliling kekal bebas melakukan aktiviti sosial dan ekonomi.

BACA >>> Kes Pesakit COvid-19 Ke Jabatan Kecemasan HKL Catat Pengurangan Ketara
BACA >>> Boleh Melancong Ke Pulau Langkawi Jika....

Related

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Kebenaran Rentas Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev