NISSAN Thailand bakal melancarkan Nissan GT-R T-spec (2022) ke pasaran negara itu pada Disember tahun ini dan akan mempamerkan model sport itu di Pameran Motor Antarabangsa Thailand (Motor Expo) 2021 tidak lama lagi.
GT-R T-spec (2022) di Thailand akan dijual pada harga 12.2 juta baht (RM1.5 juta). Tempahan juga sudah dibuka menerusi pengedar rasmi Nissan GT-R di Thailand, Nissan Krungthai.
Berikut perincian mengenai GT-R T-spec (2022):
BACA >>> Nissan Lancar Dua Varian GT-R T-Spec (2022) Di Jepun, Harga Mula RM600k!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?
- GT-R T-spec (2022) sudah dilancarkan di Jepun, dan Nissan bulan lalu mendedahkan nama T-spec diilhamkan daripada 'trend' dan 'traksi' yang mewakili falsafah di sebalik pembangunan model sport berkenaan.
- Hadir dengan beberapa pembaharuan seperti lencana T-spec Limited Edition pada bahagian depan dan belakang, penutup enjin khas, kit brek seramik karbon, spoiler gentian karbon, rim aloi lebar RAYS 20 inci dan sistem suspensi dipertingkat.
- Ada dua warna baharu seperti Midnight Purple (ungu)dan Millennium Jade (hijau cerah) selain empat pilihan warna standard lain.
- Ruang kabin mendapat tona Mori Green (hijau) menerusi penggunaan material upholsteri sued dan balutan sintetik Alcantara pada bumbung kabin.
- Lencana khas T-spec dalam kabin.
BACA >>> Nissan GT-R Nismo (2022) - 300 Unit Habis Ditempah Dalam Masa 3 Bulan
BACA >>> Nissan Note Aura (2022) Dapat Pakej Gaya Sport NISMO, Harga RM110k!
- Trenkuasa petrol masih enjin 24-injap VR38DETT V6 3.8L turbo kembar berkuasa 555hp dan tork 631Nm.
- Sistem transmisi jenis automatik dual-klac (DCT) 6-kelajuan dalam konfigurasi pacuan semua roda (AWD).
- Nissan menawarkan waranti tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000km, termasuk bantuan jalanan 24 jam.
BACA >>> YouTuber Buat Lumba Drag dalam Pusat Beli-Belah, GT-R Kalahkan Veyron
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?
BACA >>> 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!
BACA>>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition - 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!
SUMBER: MotorTrivia
Leave a Reply