FASA 2 untuk Laluan MRT Putrajaya (Putrajaya MRT Line) kini sudah 93 peratus siap dan dijangka beroperasi pada Januari 2023, menurut Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, kelmarin.
Fasa 1 MRT Putrajaya, dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu dijadualkan dilancarkan menjelang penghujung November nanti, manakala infrastruktur Fasa 2, seperti terowong, stesen dan struktur lain sudah lengkap dan kini tinggal kerja-kerja menyiapkan perkhidmatan bangunan, arkitektur dan landskap .
Wee menyatakan keyakinan Fasa 2 Laluan Putrajaya akan mula beroperasi seperti disasarkan, iaitu pada Januari 2023.
Laluan MRT Putrajaya bakal menjadi pemangkin penting bagi pemulihan ekonomi yang membolehkan ramai penduduk kembali semula kepada kehidupan normal.
BACA >>> Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3
BACA >>> 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Cuba Naik MRT Laluan Sungai Buloh - Semantan
Fasa 2 MRT Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) meliputi laluan sepanjang 56.2km dengan 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara hingga Putrajaya Central.
Fasa 1 yang bakal beroperasi nkelak melibatkan laluan 17.5km dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu (12 stesen), yang bakal menghubungkan tempat seperti Damansara Damai, Bandar Sri Damansara, Kepong, Jinjang dan Kampung Batu.
BACA >>> SOP Celaru, Tren LRT Bukan Lengang, Tapi Makin Sesak Sampai Penumpang Pengsan
BACA >>> China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!
SUMBER: FreeMalaysiaToday
Leave a Reply