• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Jual 10,380 Kenderaan Sepanjang September 2021, Saga Paling Laris

Proton Jual 10,380 Kenderaan Sepanjang September 2021, Saga Paling Laris

October 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

933
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mencatatkan jualan terkumpul 10,380 unit kenderaan sepanjang September lalu yang boleh dianggap luar biasa selepas aktiviti jualan dan bilik pameran kembali aktif beroperasi berikutan pembukaan aktiviti ekonomi secara bertahap pasca Covid-19.

Pencapaian itu meletakkan syarikat itu di tangga kedua jualan kenderaan tertinggi sepanjang bulan lalu di Malaysia. Model paling berjasa dan membantu Proton kembali bangkit sepanjang bulan lalu ialah Saga.

BACA >>> Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia
BACA >>> #PanduUji: Perodua Bezza (2020) vs Proton Saga (2019) Facelift, Siapa Menang Drag?
BACA >>> Jualan Perodua Naik 102 Peratus Sepanjang September, Dijangka Lebih Baik Bulan Ini

Saga masih kekal sebagai model Proton paling laris dalam senarai produk kenderaan pengeluar nasional itu. Ranking kedua menjadi milik Proton X50. Juga ada beberapa model Proton mendominasi jualan mengikut segmen kenderaan di Malaysia.

BACA >>> Jualan Perodua Naik 102 Peratus Sepanjang September, Dijangka Lebih Baik Oktober Ini
BACA >>> Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat

Penguasaan pasaran Proton di Malaysia sepanjang September ialah 23.9 peratus, manakala jumlah jualan keseluruhan (TIV) adalah kira-kira 43,500 unit. Bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton sudah menjual 27,312 unit (SUV) sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar,  Roslan Abdullah berkata, Proton mampu menjual lebih 10,380 unit kenderaan, tetapi berdepan beberapa kekangan, iaitu negara masih dalam proses pemulihan pandemik Covid-19 dan perlu berdepan isu bekalan komponen dan cip daripada pembekal.

Roslan berkata;

Oleh itu, tiga bulan akhir tahun ini, Proton akan menumpukan perhatian menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan kepada pelanggan yang buat tempahan. Menyelesaikan masalah permintaan tertangguh akan membolehkan lebih banyak jualan pada tahun depan.

"Ini akan membantu kita maju ke depan dengan perancangan meluaskan lagi rangkaian produk yang boleh diberikan kepada pasaran tempatan dan eksport,”.

BACA >>> Perodua Catat Jualan 6,988 Unit Kenderaan Pada Ogos 2021, Operasi Semakin Pulih
BACA >>> Ini Sebabnya Mengapa Proton Masih Guna Transmisi CVT...
BACA >>> Ini 5 Perkara Baharu Proton Kongsi Tentang Iriz, Persona (2022)

SUMBER: Proton

Related

933
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, CEO Proton Edar, Jualan September 2021 Proton, Proton, Proton Saga Paling Laris, Proton X50, Roda4, Roslan Abdullah, TIV September 2021 Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev