TRIUMPH Tiger Sport 660 (2022) rasmi dilancarkan hari ini sebagai tambahan kepada barisan model baharu dengan enjin 3-silinder sebaris 660cc.
Kehadiran Tiger Sport 660 (2022) adalah lebih kepada model advancer untuk tunggangan jalanan, dan pada masa sama boleh dijadikan jentera off-road ringan.
Tidak seperti Trident 660 yang berupa roadster naked, penampilan Tiger Sport 660 (2022) menggunakan semi-fairing dan visor angin tinggi yang membuatkan ia sesuai dijadikan motosikal harian dan kembara jarak jauh.
BACA >>> Spesifikasi Triumph Trident 660 (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM43.9k
Berikut spesifkasi dan ciri yang ada pada Tiger Sport 660 (2022):
- Dijana enjin 3-silinder sebaris 660cc penyejukan cecair berkuasa 80hp @ 10,250rpm dan tork 64Nm @ 6,250rpm.
- Perbezaan 4,000rpm antara tork maksimum dan kuasa maksimum membolehkan motosikal ini memecut berterusan.
- 80 peratus tork maksimum bermula pada 3,000rpm.
- Klac jenis antigelincir (slipper).
- Posisi hendal menegak memberikan ergonomik duduk yang lebih selesa.
- Fork depan terbalik (USD) Showa 41mm menggunakan katrij dengan gerakan roda 150mm.
- Suspensi belakang menggunakan monoshock Showa RSU boleh laras hidraulik berasingan, dengan gerakan roda 150mm.
BACA >>> Triumph Lancar Speed Triple 1200 RR (2022), Lebih Berkuasa, Sporty! Harga Mula RM103k
- Sistem brek menggunakan dwi-brek cakera dengan dwi kaliper Nissin di depan, dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Visor angin boleh laras ketinggian.
- Panel meter TFT dengan paparan multifungsi.
- Ada dua mod enjin: ROAD dan RAIN.
- Sistem lampu jenis LED penuh dengan fungsi lampum signal padam automatik.
- Tinggi pelana 835mm, lebih tinggi daripada Trident 660 (805mm).
- Berat basah 202kg, lebih berat daripada Trident 660 (189kg).
- Kapasiti tangki 17.2 liter, lebih banyak daripada Trident 660 (14 liter).
- Memiliki sudut fork (rake) 23.1º, dan trail 97.1mm (berbanding 24.1º, dan 107.3mm pada Trident 660).
- Jarak roda 1,418mm (lebih panjang daripada Trident 660 (1,401mm).
BACA >>> Triumph Tiger 900 Bond Edition Sempena Filem James Bond, 240 Unit Sahaja, Harga RM83.9k
TIGER SPORT 660 VS TRIDENT 660
Berdasarkan spesifikasi di atas, jelas sekali Tiger Sport 660 lebih tinggi daripada Trident 660, sesuai dengan status model itu sebagai motosikal advancer.
Selain itu, jarak roda Tiger Sport 660 juga lebih panjang yang membuatkan ia lebih stabil ketika menunggang dalam posisi menegak. Namun, jarak roda panjang akan mempengaruhi ketangkasan sesebuah motosikal. Mujurlah Triumph mengimbangi kekurangan itu dengan memberikan sudut fork (rake) dan trail lebih kecil berbanding Trident 660.
Kedua-dua dimensi yang lebih kecil ini membuatkan Tiger Sport 660 lebih tangkas untuk dibelokkan.
Selain itu, tangki petrol 17.2 liter memberikan jarak tunggangan lebih jauh yang pasti sangat sesuai untuk kaki jelajah. Apapun, setangki penuh (14 liter) Trident 660 sudah mampu mampu ditunggang sejauh hampir 300km.
Bagi mereka yang pernah menunggang Trident 660, model tersebut dikenali sebagai motosikal yang sangat mudah dikendalikan, dan juga mampu memberikan pengalaman tunggangan mengujakan buat penunggang otai. Jadi ramai mengharapkan Tiger Sport 660 juga tidak kurang hebat dan mampu jadi terlajak laris!
BACA >>> Lifan KPT400 - Model Advencer 'Pan China' dengan Harga RM19k!
LEBIH MAHAL DARIPADA TRIDENT?
Trident 660 ialah model paling popular dalam sejarah Triumph kerana menawarkan harga mampu milik (bermula kira-kira RM44,900) dengan dibekalkan komponen terbaik dalam kelas middleweight 650-700cc.
Anggaran harga dijangka sekitar £8,500 (RM48,430) mengikut tukaran matawang pound (£), sedikit lebih mahal daripada Trident 660, £7,195 (RM41,000) di Britain. Harga di Malaysia pula lebih mahal kerana kita perlu membayar kos penghantaran, eksais impot, harga AP dan sebagainya. Jadi model ini mungkin dijual sekitar RM50,000 kelak.
Triumph Motorcycles Malaysia mengharapkan Tiger Sport 660 (2022) dapat tiba di Malaysia pada suku pertama 2022.
Leave a Reply