HONDA Vietnam memperkenalkan model Air Blade edisi khas yang ditawarkan dalam dua kelas iaitu 150cc dan 125cc dengan satu pilihan warna iaitu kelabu.
Harga bagi varian Air Blade 150 Limited Edition ialah 55,790,000 dong (RM10,248) manakala siri 125cc ditawarkan pada 41,990,000 dong (RM7,720) setiap satu. Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> Inikah Rupa Honda CBR1000R, CB1000X Baharu yang Bakal Debut Tahun Depan?
- Perubahan dilakukan cuma membabitkan pengenaan warna kelabu dan liveri baharu oren hitam pada bahagian panel tepi serta sisi badan. Corak liveri berbeza mengikut kelas Air Blade.
- Pelana siri 150 hadir dengan tona coklat hitam manakala tempat duduk varian 125cc dibalut material warna hitam.
BACA >>> Yamaha Vietnam Lancar Exciter 155 VVA Edisi 60 Tahun MotoGP, Harga RM9.4k
- Panel depan Air Blade 150 memaparkan corak seakan huruf X dengan pengenaan kelabu gelap dan kepala skuter mengikut warna badan.
- Kepala Air Blade 125cc pula serba hitam dan hanya bahagian tengah panel depan diwarnakan hitam.
BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Skuter Hendal Bogel NEX Crossover (2020), Harga RM5.2k
- Madgad, rim, cermin sisi, fork depan dan suspensi berkembar belakang serta sistem ekzos kedua-dua varian kekal tona hitam.
- Trenkuasa Air Blade jenis 4-lejang silinder tunggal dengan teknologi eSP, sistem penyejukan cecair dan menggunakan sistem transmisi automatik:
- Air Blade 150 berkapasiti 149.3cc kuasa 12.8hp @ 8,500rpm dan tork 13.3Nm @ 5,000rpm.
- Air Blade 125 berseseran 124.9cc pula menjana kuasa 11.2hp dan tork 11.68Nm.
- Berat kasar Air Blade 150 ialah 113kg iaitu lebih 2kg berbanding model Air Blade 125.
- Ketinggian pelana tidak jauh berbeza dengan siri 125 setinggi 774mm, Air Blade 150 pula 775mm. Jarak kelegaan Bumi adalah sama iaitu setinggi 125mm.
- Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik dan absober berkembar di belakang.
- Sistem henti Air Blade 150 adalah jenis Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) manakala Air Blade 125 hadir dengan Sistem Brek Kombi.
- Saiz tangki minyak adalah sama 4.4 liter tetapi penggunaan bahan api ada perbezaan dengan Air Blade 125 memerlukan 1.99 liter bagi setiap 100km. (Air Blade 150: 2.17 liter untuk 100km).
BACA >>> Kajian: Jualan Kenderaan Baharu Merudum, Pemilik Lebih Suka Guna Kereta Sedia Ada
BACA >>> Modenas Kemas Kini Imej Streetbike Pulsar NS200, Harga Kekal RM9.6k!
BACA >>> EMOS Kini Sah Pengedar Eksklusif Motosikal Kawasaki Di Malaysia
BACA >>> KMSB Tidak Lagi Edar Motosikal Kawasaki, Kuat Kuasa 1 Oktober 2021
SUMBER: Motosaigon | HondaVietnam
Leave a Reply